ADAT hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian tetangga.

Selain itu, sebagai seorang jiran juga, kita perlu mengetahui batas-batas terutamanya melibatkan hal-hal peribadi dan hak milik orang lain.

Pun demikian, masih terdapat lagi sesetengah daripada jiran yang berkelakuan aneh mengabaikan etika-etika tersebut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila keretanya yang diletak di tempat parkir dipenuhi dengan sisa makanan mi segera.

Menerusi perkongsian video di TikTok @nina_kechiik, kelihatan seorang wanita sedang berada di kawasan parkir kereta rumah flat.

Apa yang membuatkan dia amat marah apabila mendapati sisa makanan mi segera itu bertaburan di atas keretanya.

Ia kelihatan sangat kotor. Dipercayai tindakan tidak bertanggungjawab itu angkara penghuni flat sama yang selamba mencampak sisa mi segera itu ke bawah.

Coretnya di ruangan kapsyen, “Memang aku tak dapat terima! Dasar tak ada otak!”

Hidup berjiran
MULIAKAN jiran tetangga dan sesekali menjamu mereka makan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin.

Perkongsian video tersebut ternyata turut menimbulkan amarah ramai dan warganet turut berkongsi akan mempunyai perasaan yang sama jika berhadapan situasi sedemikian.

Iklan

Ujar mereka;

“Parking jauh lepas ni, takut benda lain pula jatuh. Diorang bukan peduli apa dah.”

“Biasalah duk rumah flat memang macam tu. Kita tak tahu siapa yang buat kan…”

Baca juga “Baliklah, ibu tunggu…”Pemuda hilang sejak 29 Oktober, dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Terengganu

“Kereta saya dulu pernah sampai cermin belakang pecah. Nasib ada insuran, kalau tak aduhhh!”

“Memang kalau duduk rumah flat arking kena jauh dari tingkap rumah, sebab kebanyakan orang dia fikir diri sendiri je.”

“Dah makan mi segera pastu tak habis dibuang kat luar apa dia ingat kat luar tu tong sampah!”

Sehingga kini video tersebut telah meraih hampir 400,000 tontonan dan lebih 2,000 komen warga maya.

Iklan

Begitulah, hidup bermasyarakat perlulah hormat-menghormati sesama kita. Jangan hanya pentingkan diri sendiri lagipun kebersihan itu kan separuh daripada iman!

@nina_kechiikmemang ak tak dapat terima !!!! Dasar tak ada otak !!♬ bunyi asal – Nina_kechiik🌹