BILA sebut sahaja kereta Myvi, pasti kerap kita berselisih atau ternampak model itu di jalanan.

Selain itu, kereta keluaran Perodua tersebut juga turut terkenal dengan pelbagai gelagat dan aksi di luar jangkaan.

Sesuai dengan gelaran ‘King of the road’ yang diberi, kereta Myvi juga terbukti boleh melakukan apa sahaja.

Seperti sebuah video yang tular di aplikasi TikTok ini memaparkan kereta tersebut sedang menarik sebuah lori di atas jalan raya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Video yang dimuat naik oleh @AffendiDerus itu mencuri perhatian ramai apabila ia kelihatan bersahaja menarik lori tersebut walaupun saiznya lebih kecil.

Jangan memandu jika rabun malam, anda mungkin hidap 7 penyakit ini

Iklan

Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi warga maya dan sehingga kini telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan hampir 130,000 tanda suka.

Ujar mereka;

“Tak boleh cari makanlah orang lain lepas ni, king sudah angkut semua job la.”

“Sebab itulah Myvi ni semua benda boleh buat, banyak fungsinya.”

“Compon Myvi terkejut, ni tak ada dalam senarai kegunaan jentera Myvi ni.”

Baca juga Disindir terkena sumpahan, wanita kongsi pengalaman muka bengkak, berkedut ketika hamil

“Serious question, kenapa semua benda pelik Myvi.”

“Myvi yang bermasalah tapi Myvi jugaklah yang banyak membantu.”

“Myvi ni hidup tiga alam tau dalam air pun boleh, terbang pun boleh dan atas darat pun boleh.”

Ya! ‘Kehebatan’ Perodua Myvi yang serba boleh di jalanan memang tidak dapat disangkal lagi. Patutlah siap ada grup Faceboook Myvi Buat Hal Apa Hari ini?™️.

Iklan
@affendiderusKepitDap!!!

♬ Tokyo Drift – Xavier Wulf