“SYIRA, awak rehatkan diri dan cari kekuatan. Soal rezeki jangan dirisaukan, insyaAllah kita semua satu family akan bantu”.

Begitulah kata-kata semangat seorang usahawan, Hafiz Mahamad tatkala tampil menziarah Shamshira Mohd Norizin yang kehilangan suami tercinta baru-baru ini.

Selain berpisah ajal dengan suami, Shamshira turut kehilangan dua anak lelaki sekali gus iaitu Mohammad Afif Rafiqi dan Arrian Nuh dalam kemalangan membabitkan treler muatan simen di Kampar minggu lalu.

Hafiz yang juga selebriti media sosial itu juga berjanji akan membantu bagi meringankan beban yang ditanggung Shamshira.

Kongsinya menerusi lama Instagram;

“Terkejut saya bila dengar kemalangan ni, Ya Allah.

“Si isteri baru je keluar makan dengan suami. Suami nak keluar pergi kerja bawa treler, anak dua orang meraung nak ikut. Suami pun bawalah anak sama.

“Tak lama lepas tu keluarga terima panggilan yang ayah dan anak dua orang yang dibawa tadi kemalangan dan meninggal. Ajal maut Allah dah tentukan.

“Bila benda ni jadi dekat team saya, hati saya dan isteri rasa sedih sangat sangat. Saya decide hari ini untuk ziarah keluarga team saya @ainaabeauty_shiraa

“Keluarga dia happy saya datang. Saya nampak kerinduan dekat arwah ada di wajah mereka sebab arwah orang yang baik sangat.

“Saya pesan pada Syira @ainaabeauty_shiraa , carilah ketenangan dan kuatlah demi anak lelaki sorang ini. InsyaAllah anak awak saya anggap macam anak saya juga,” katanya.

Baca juga Tak sampai 48 jam tular motor dicuri, Permaisuri Selangor belikan gadis ini motosikal baharu

Iklan

Menurutnya, dia bertanggungjawab kena sayang dan sokong keluarga itu kerana mereka dulu adalah pelanggannya dan sekarang Shamshira sama-sama mencari rezeki dengannya, jadi sedikit atau banyak dalam tubuh anak dan isteri saya ada hasil sokongan daripada keluarga ini.

Iklan

“Hari ini mereka sedih saya datang, esok-esok orang lain sedih mereka pula datang membantu.

“Cuba kita bayangkan diri kita ni, walaupun tinggal anak dan husband sekejap pun rasa rindu tu Ya Allah. Ini kan lagi, kalau mereka terus tak ada dalam kehidupan kita.

“Terima Kasih korang. Banyak sangat sumbangan kita semua bersama, saya dah sampaikan amanah dan tanggungjawab untuk menyampaikan.

“Segala kebaikan, saya niatkan untuk korang. Satu hari nanti bila wanita ini kembali kuat, kita semua support dan bangkitkan semangat dia sebagai seorang wanita kuat.

“Saya hanya buat apa hati kata, sebab suara hati semuanya dari Allah.

“Saya tak nak sombong dan saya akan terus pegang pada kejayaan demi kebahagiaan,” tulisnya.

Terdahulu, tiga beranak berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan berat dinaiki mereka terbabas dan terbalik.

 

View this post on Instagram

 

Terkejut saya bila dengar kemalangan ni, Ya Allah. Siisteri baru je keluar makan dengan suami. Suami nak keluar pergi kerja bawa treler, anak 2 orang meraung nak ikut. Suami pun bawa lah anak sama sama Tak lama lepastu keluarga terima panggilan yg ayah & anak 2 orang yg dibawa td kemalangan & meninggal. Ajal maut Allah dh tentukan Bila benda ni jadi dekat team saya, hati saya & isteri rasa sedih sangat sangat. Saya decide harini untuk Ziarah keluarga team saya @ainaabeauty_shiraa Keluarga dia happy saya datang. Saya nampak kerinduan dkt arwah ada diwajah mereka sebab arwah orang yg baik sangat Saya pesan pada syira @ainaabeauty_shiraa , carilah ketenangan & kuat lah demi anak lelaki sorang ini. InsyaAllah anak awak saya anggap macam anak saya juga Saya kena sayang & support keluarga ni. Mereka customer saya dulu & now sama sama mencari rezeki dengan saya, sikit atau banyak. Dalam tubuh Anak & isteri saya ada hasil support dari keluarga ini Harini mereka sedih saya datang, esok esok orang lain sedih mereka pula datang membantu Cuba kita bayangkan diri kita ni, walaupun tinggal anak & husband sekejap pun rasa rindu tu Ya Allah. Ini kan lagi, kalau mereka terus tak ada dalam kehidupan kita Terima Kasih korang. Banyak sangat sumbangan kita semua bersama, saya dh sampaikan amanah & tanggungjawab untuk menyampaikan Syira, awak rehatkan diri & cari kekuatan. Soal rezeki jangan dirisaukan, insyaAllah kita semua 1 family akan bantu Segala kebaikan, saya niatkan untuk korang. 1 hari nanti bila wanita ini kembali kuat, kita semua support & bangkitkan semangat dia sebagai seorang Wanita kuat Saya hanya buat apa hati kata, sebab suara hati semuanya dari Allah. Saya taknak sombong & saya akan terus pegang pada “Kejayaan Demi Kebahagiaan”

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on