DALAM kehidupan, seseorang yang memiliki akhlak yang baik akan lebih mudah diterima oleh masyarakat.

Tidak hairanlah, dari zaman nenek moyang kita dahulu lagi memang telah mengajar untuk berakhlak baik sejak kecil.

Begitulah perkongsian pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, sebuah video pendek di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi video itu, kelihatan seorang mak cik sedang menghantar keropok kepadanya dan krew produksi yang sedang menjalani pengambaran di sebuah lokasi di sekitar Kuala Terengganu.

Dalam cuaca terik, secara tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang wanita dari kawasan perumahan berhampiran membawa dua bekas keropok lekor berserta sos untuk dijadikan makanan ringan buat mereka.

Kata Fedtri, mak cik tersebut turut mengatakan rezeki Allah dah sedia dah, cuma tinggal siapa yang terpilih untuk disampaikan.

Video berkapsyen ‘Budi bahasa budaya kita, Akhlak orang kampung’ itu mendapat pujian beberapa artis dan warganet yang mengatakan wanita tersebut merupakan seorang yang pemurah. Ada juga yang teringat ibu di kampung halaman.

Iklan

neelofa – MasyaAllah.

lindarafar – Baik mak cik ni @fedtriyahya semput-semput jalan jauh… teringat arwah mak.

nurhelizahelmi – MasyaAllah TabarakAllah. Moga Allah merahmati mak cik sekeluarga juga seluruh team.

when_we_eat_out – Orang Terengganu memang sangat baik. Pengalaman kerja dengan staf hospital sana, dia siap bawak balik rumah dia. Jumpa family, padahal baru first time jumpa.

wawakasri – Budaya orang Terengganu, selagi tak makan tak senang hati layan tetamu.

adilah_07 – Teringat mak kat kampung… macam ni la perangainya. Tak akan diizinkan tetamu balik perut kosong. Rindu mak… semoga PKPB segera berakhir.

broccolinami – Terengganu – Negeri cantik, budaya menarik, InshaAllah orangnya baik-baik.

zhrtlawln – Saya tengok video ni ternangis sebab teringat nenek saya ya Allah rindunya.

Allahuakbar! Semoga Allah membalas segala kebaikan mak cik. Sikap pemurah ini patut kita semua contohi.

Baca juga “Better start no matter at what age” – Lelaki ini kongsi belajar mengaji Iqra 6

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya)