[VIDEO]Terpaksa siapkan anak ke sekolah dalam kereta, kisah jururawat curi perhatian warganet

A
A
A

BUKAN mudah menjadi seorang ibu. Mana nak urus anak, suami, rumah dan kerja. Namun, tidaklah perlu merungut, sebaliknya seorang wanita perlu menjadi lebih bijak urus masa dan diri.

Setiap wanita pasti akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi insan terbaik buat suami dan anak-anak.

Tidak kiralah berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa. Mereka pasti bertungkus lumus untuk memenuhi kehendak keluarga.

Cuma bagi ibu yang bekerja, mereka memerlukan lebih banyak perngorbanan. Di rumah mereka cuma ada masa yang singkat untuk melayan anak-anak dan suami.

Mereka perlu mengemas rumah yang berselerak, membasuh baju, basuh pinggan dan melakukan pelbagai lagi kerja rumah yang sememangnya memenatkan.

Kadang-kadang tiada masa untuk berehat, namun tetap mencari ruang memberi yang terbaik buat yang tersayang.

Seperti yang terjadi kepada seorang kakitangan barisan hadapan ini yang berkongsi detik-detik menyiapkan anaknya ke sekolah seawal pagi sebelum memulakan tugas.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok @ayunisa32, kelihatan dirinya yang lengkap beruniform jururawat sedang menyiapkan anak untuk ke sekolah.

Menerusi video tersebut, anak kecil itu telah siap memakai uniform sekolah tertidur di dalam kereta sementara keadaan di luar masih lagi gelap.

[VIDEO]Terpaksa siapkan anak ke sekolah dalam kereta, kisah jururawat curi perhatian warganet

Difahamkan, ibu muda itu terpaksa mengejut anaknya lebih awal untuk dihantar ke sekolah sebelum ke tempat kerja sejauh 30 kilometer dari rumahnya.

Demi tugas pada negara, wanita dikenali Nurul itu terpaksa menyiapkan anaknya walaupun anak kecil itu masih tidur di pangkuannya.

Selain itu, turut kelihatan Nurul menyisir rambut anaknya dan memakaikan stokin walaupun dalam keadaan masih tidur.

Perkongsiannya mencuri perhatian warganet dan sehingga kini hampir 180,000 tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan apa yang dilalui oleh wanita yang berdepan situasi yang sama untuk membesarkan anak-anak.

Baca juga [VIDEO]Lebih 2.1 juta tontonan, gadis tunjuk cara bersih kurma buang ulat

Mereka turut merasai cabaran yang dilalui oleh ibu dan anak ini menempuhi hari-hari mereka serta turut menitipkan semangat supaya semua ibu di luar sana

diberikan kekuatan.

Purnama Dolunay - Untuk kelangsungan hidup, kita terpaksa berkorban.

Deqida - To all mother in this world, hugs foro all of you. I am a mother and i know the struggle.

Wan Nurul Ezzah - Tiada kata-kata untuk diukir kerana awak sangat-sangat terbaik. Ibu yang menjalankan tugas yang mulia. Dua kerja yang sangat mahal harganya.

Begitulah kehidupan. Semoga dipermudahkan segala urusan bagi ibu-ibu yang hebat dan kuat!

@uyunisa32stp hari cmni laa. rushing nk kj..so akan siapkan ank dlm keta..anak pn terpaksa bgn awal.jarak umh ke tmpt kj +-30km.semoga urusan kita dipermudahkan♬ original sound - ᴀʟᴀɴ ʟᴜʙɪᴤ

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca