[VIDEO]Wow 'Tandas Moden Ala Syurga Dunia' buat ramai terpegun

A
A
A

TANDAS awam atau yang disediakan di stesen minyak bagi kegunaan orang ramai amat memudahkan urusan sesiapa sahaja.

Biarpun demikian, kebanyakan pengguna tidak menjaganya kebersihan dengan baik seperti mana penggunaan tandas di rumah.

Kerap kali tandas awam berada dalam keadaan kotor, namun tidak dinafikan ada sesetengahnya dalam bersih dan kemas.

Seperti yang tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan tandas mewah yang berada di sebuah stesen minyak mencuri tumpuan ramai.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

[VIDEO]Wow 'Tandas Moden Ala Syurga Dunia' buat ramai terpegun

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah kereta sedang berada di Petron, Melor, Kelantan untuk berehat seketika.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila salah seorang pemuda dilihat merakam tandas mewah yang berada di stesen minyak tersebut.

Sesuai diberi dengan nama Tandas Moden Ala Syurga Dunia, ia kelihatan sangat cantik, bersih dan mewah.

Lebih mengejutkan lagi, tandas tersebut amat selesa sehinggakan adanya televisyen dan penyaman udara!

Perkongsian video tersebut membuatkan ramai terpegun dan rata-ratanya teruja dengan kebersihan dan kemewahannya.

Ujar mereka;

"Memang sejak daru dulu lagi tandas ni terbaik, ada menang anugerah."

"Wah seronok juga 'lepas hajat' sambil layan cerita Bollywood."

Baca juga [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

"Mewah memang mewah, tapi hati-hati ya takut ada kamera..."

"Siap boleh mandi ya, seronok betul dapat tandas bersih macam tu!"

"Ada aircond ya... memang terkencing-kencing jelah sebab sejuk kat situ."

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 620,000 tontonan dan hampir 46,000 tanda suka di TikTok.

Tapi kan bagus kalau semua tandas awam bersih macam tu...

@azmi_anisaklu nk merasa tandas moden bleh dtg sini? ##kelate##fypシ♬ nhạc nền - Ken•Beat??

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca