HARI ini tular di media sosial Twitter kisah seorang wanita bujang terkejut dan berang selepas doktor bertugas di sebuah pusat perubatan mengesahkan hasil ujian air kencing yang dijalankan beliau positif hamil.

Walhal, beliau memaklumkan belum berumahtangga dan tidak pernah mengadakan hubungan intim dengan mana-mana lelaki.

Lebih mendukacitakan doktor terbabit dikata seolah-olah tidak mempercayai dan mengatakan: “Ramai pesakit saya macam ini, tak mengaku kalau pernah buat (hubungan).”

“Aku nangis teruk terkejut dan mengucap panjang ketika itu.

“Sedih betul melihat muka kakak apabila doktor mengatakan hamil sebab aku tidak mempunyai ibu dan bapa,” tulis @syaimaa_zailany yang sudah seminggu mengalami sakit perut.

Lalu dek tidak berpuas hati dengan laporan hamil berkenaan beliau segera mendapatkan surat dan menjalani pemeriksaan kedua di sebuah pusat perubatan di Nilai, Negeri Sembilan.

“Alhamdullilah….keputusan negatif dan dipercayai mengalami apendiks lalu dimasukkan ke dalam wad,” luahnya dalam posting yang dimuatnaik baru-baru ini.

hamil
SELEPAS dua kali melakukan pemeriksaan di hospital lain wanita yang didakwa hamil oleh doktor sebelum ini disyaki apendiks dan terbaharu dilaporkan mengalami radang pada abdomen.

Tambahnya, selepas melakukan scan baharu pada hari kedua di hospital beliau dimaklumkan mengalami radang pada abdomen usus bengkak kerana masalah pencernaan antaranya berpunca daripada pemakanan.

Perkongsian wanita tersebut mendapat respon daripada warga net yang majoritinya turut pernah berdepan situasi serupa.

Iklan

Antaranya ialah:
@ntsyhln: “Pernah kena begini. Sakit perut kemudian doktor minta buat test dan keputusan positif hamil. Bagaimanapun, doktor bertanya sama ada sudah berkahwin atau belum? Jika belum lebih baik jalani ujian darah pula di hospital. Kemudian, disahkan tidak hamil, sebaliknya sakit cyst.”

@nnnnnndddddddn: “Pada penghujung tahun 2018, aku mengalami sakit pada bahagian dada. Sakit ketika bernafas. Nurse suruh buat ujian air kencing sebelum X-ray. Keputusan positif hamil. Aku hampir bunuh diri masa itu. Semasa scan ternampak sesuatu dalam rahim dan rupanya cyst.”

Iklan

@lloollipoopp: “My sister pun pernah. Sakit pergi hospital dan dikatakan hamil. Terkejut ibu dan ayah, walhal dia tak kerja dan hampir setiap hari duduk di rumah. Selepas itu, buat pemeriksaan di hospital lain rupa-rupanya apendiks pecah lalu menjalani pembedahan segera.”

 

Foto: upmc.com