Wanita kongsi teknologi ‘Find My Vehicle’ di KLIA, ramai teruja cadang letak semua ‘mall’

TERLUPA kotak parkir kereta di dalam bangunan besar pastinya pernah terjadi kepada kita.

Mana tidaknya, sudahlah bertingkat-tingkat, kawasan parkir pula luas memang membuatkan kita keliru.

Kekadang sudah menangkap gambar lokasi dan nombor yang ada di tiang parkir pun boleh hilang arah juga ketika mencari kenderaan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini di mana sebuah keluarga sedang mencari kereta mereka selepas pulang daripada melancong.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @natazsyah.roslan, seorang wanita akui kagum melihat alat mengesan parkir kenderaan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Baca juga Varian BA.5.2, BF.7 dari China sudah sampai di Malaysia, 20 info wanita perlu ambil tahu

parking
Gambar fail.

Seperti yang dapat dilihat, pengguna hanya perlu menaip nombor plat kenderaan lalu skrin akan memaparkan kedudukan kenderaan.

Bukan itu sahaja, alat tersebut juga turut menunjukkan tingkat dan lokasi dengan terperinci di mana tempat sebenar kenderaan itu berada.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai. Rata-rata warga maya turut teruja melihat kecanggihan sistem berkenaan.

Malah ramai yang berharap teknologi itu turut diguna pakai di semua pusat membeli belah agar mudah untuk mengesan parkir kereta.

Ujar mereka;

“Bagus ni! kena ada dekat sini kadang lepas dah shopping jadi pelupa mana park kereta.”

Iklan

“Kalau ada benda ni, tak yah tangkap-tangkap gambar no parking… kalau tak lupa aje.”

“Wajib letak dekat mall! Penatlah turun parking je ambik gambar tiang.”

Baca juga Bahagia! Wanita kongsi video suami sambut hari lahir anak di parkir hospital buat ramai terharu

“Tolong letak benda ni dekat KLCC dan Midvalley sebab asyik sesat je cari kereta.”

Iklan

“Shopping sejam, cari kereta 4 jam.”

Betullah tu, kalau ada kat semua mall dalam Malaysia ni kan bagus.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.