BAHAGIA itu fitrah. Semua orang ingin bahagia. Manusia yang waras sentiasa ingin dan mencari bahagia.

Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan adalah untuk mencapai bahagia.

Begitu juga bagi pasangan yang sudah berumah tangga, keluarga bahagia merupakan impian setiap insan.

Suami yang penyayang, isteri yang setia, dan pasangan yang sentiasa ada bersama di saat susah dan senang.

Seperti dapat dilihat dengan sebuah keluarga ini. Bahagia melihat apabila si ayah cuba mencipta kenangan terindah buat keluarga menyambut hari lahir salah seorang anak walaupun di parkir hospital.

Menerusi perkongsian seorang wanita di TikTok dikenali Bonda Umirah Taib, sambutan hari lahir salah seorang daripada enam anak mereka bernama Deja itu dirancang suaminya.

Video berdurasi 3 minit 53 saat tersebut tular dengan mendapat hampir dua juta tontonan.

Ia bermula apabila si ayah memberitahu keluarga mereka untuk berkumpul adik-beradik bagi meraikan hari lahir Deja yang sedang sakit dan dimasukkan ke hospital.

Oleh kerana kanak-kanak tidak dibenarkan masuk dan berada dalam wad hospital, mereka hanya mampu tunggu Deja di luar pekarangan hospital.

Bertekad untuk tidak membiarkan hari istimewa si kecil Deja menjadi sia-sia berlalu pergi, mereka sekeluarga memutuskan untuk mengadakan sambutan sedemikian.

Menerusi video terbabit, kelihata si ayah dan adik-beradik Deja menggunakan kanvas plastik biru seperti yang biasa dibuat alas duduk sekeluarga ketika berkelah, dan ia telah diubah suai menjadi tempat parti, dengan menu penting kek hari jadi, minuman serta makanan ringan dihidangkan.

Si ayah juga kelihatan bertungkus lumus bersama adik-beradik yang lain bagi menyiapkan kejutan itu untuk Deja yang akan turun dari hospital.

Baca juga Kembali bersatu! Ini wajah terkini Tan Ho Ming dan Ummi Khazriena yang viral iklan merdeka 15 tahun lalu

Sementara itu, si kecil Deja dalam perjalanan turun ke bawah yang ditemani bondanya dari wad hospital, dan diberitahu dia tidak akan dapat meraikan hari jadinya bersama adik-beradik lain, yang membuat dia berasa sedikit kecewa.

Deja tidak tahu itulah dia kejutan dalam sambutan hari jadinya bila adik-beradik senyap-senyap semuanya sudah ada di situ dan sedang menantinya.

Apabila Deja dan bondanya tiba di tapak sambutan hari jadi di tempat letak kereta itu, empat beradik menyambut dan memeluk Deja dengan jeritan kuat menyebut namanya.

Sangat terharu apabila melihat kanak-kanak ini saling berpelukan melepas rindu.

Iklan

Kemudian, apabila mereka sekeluarga duduk di atas alas kanvas dan Deja mula tunjuk riak muka gembira dengan kejutan hari jadi istimewanya, seluruh ahli keluarga bahagia itu tersenyum apabila si ayah mengucapkan selamat hari jadi dan mereka menyanyikan lagu hari jadi untuk Deja.

Nampak macam hanya majlis sederhana, namun ia buat ramai terharu kerana perasaan seronok dan memori bahagia pada malam itu pasti akan berada kekal dalam ingatan mereka buat selama-lamanya.

Ujar warganet;

“Kenapa saya rasa sebak bila dengar suara ayah cuba membahagiakan anak dia.”

“Sejuk hati aku tengok mak bapak macam ni. Ramai anak yatim piatu yang impikan mak bapak camni. Terima kasih kerana berkongsi.”

Iklan

“Tiba tiba menangis… baru perasan banyak benda tak ada dalam child hood saya… especially a father’s love.”

Baca juga Lama impikan anak lelaki, ibu reda bayi ‘pergi’ ketika tidur di taska sentuh hati ramai

“Seorang bapak yang terbaik setakat ni aku pernah tengok.. tahniah bang… cara bercakap da tahu macam mana cara dia arrange anak-anak.”

“Bukan semua kebahagian boleh dibeli dengan kemewahan tetapi dengan keberadaan itu yang mahal. Nampak sederhana tapi paling ‘mewah’ dan berharga sebab dengan family tercinta.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.