Wanita maut ditikam 8 kali bekas tunang kerana ikatan putus, ini kronologi

A
A
A

Wanita maut ditikam 8 kali bekas tunang kerana ikatan putus, ini kronologi

AKHIR-akhir ini banyak kes melibatkan penganiayaan terhadap wanita.

Paling tragis semuanya mengakibatkan kehilangan nyawa dan dikaitkan dengan insan yang pernah disayangi.

Apabila kasih bertukar menjadi dendam, pertimbangan pun hilang. Dalam situasi menekan yang menjadi mangsa selalunya adalah kaum wanita.

Dalam kes terbaru, seorang wanita di Kota Kinabalu ditikam sebanyak lapan kali oleh bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah.

Baca juga: Kejamnya! Wanita maut ditikam, dibakar 2 kali oleh kekasih tidak bertanggungjawab dalam kebun sawit, kronologi menyayat hati

Berikut adalah kronologinya:

1-Wanita berusia 22 tahun berkenaan bekerja sebagai pembantu kedai di pusat beli belah dilapor maut dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari.

2-Polis Daerah Kota Kinabalu menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang menyatakan telah tertikam bekas tunangnya.

3-Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati wanita berkenaan dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah dipercayai akibat ditikam.

4-Turut berada di lokasi ialah seorang suspek yang merupakan bekas tunang wanita berkenaan yang telah ditahan oleh pihak pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.

Baca juga: Tragis! Kronologi wanita maut dipukul dengan tukul angkara cemburu, suami menangis lepas bunuh, tujuh anak hilang ibu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

5-Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan cemburu dan suspek tidak puas hati kerana mangsa memutuskan hubungan mereka dua hari sebelum kejadian.

6-Lelaki itu cuba memujuk mangsa di tempat kerjanya namun wanita berkenaan enggan meneruskan hubungan mereka atas sebab peribadi.

7-Berasa berang dengan keputusan itu menyebabkan suspek bertindak menikam bekas tunangnya.

8-Lebih menyayat hati, wanita itu telah ditikam sebanyak lapan kali sehingga mengakibatkan kematian.

9-Pihak paramedik yang berada di lokasi kejadian cuba menyelamat mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan (CPR) tetapi mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 1 petang sebelum dihantar ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk dibedah siasat.

10-Suspek pula ditahan reman untuk membantu siasatan dan pisau yang digunakannya turut dirampas.

11-Kes yang disiasat di bawah 302 Kanun Keseksaan itu dianggap telah selesai selepas suspek berjaya ditangkap.

Baca juga: Tragis! Wanita maut di tangan suami ditembak lebih 5 das, 10 info kejadian

TIP KESELAMATAN WANITA

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Kaum wanita sering dijadikan sasaran penjenayah kerana dianggap lemah dan mudah untuk ditewaskan.

Polis Diraja Malaysia menyenaraikan 10 tip keselamatan yang boleh dipraktikkan oleh kaum wanita bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah.

1. Jika anda tinggal berseorangan, jangan sesekali menunjukkan lokasi kediaman anda kepada sesiapa pun kecuali keluarga atau teman rapat yang boleh dipercayai.

2. Jangan mudah percayakan seseorang atau sesiapa sahaja terutama apabila anda baru mengenalinya dalam tempoh yang singkat.

3. Beritahu keluarga nama dan nombor telefon teman-teman yang anda sering temui atau keluar bersama.

 

4. Maklumkan kepada keluarga anda tentang destinasi anda, masa dijangka tiba dan pulang dari urusan anda di luar rumah. Lebih baik berteman jika keluar pada waktu malam.

5. Segera kunci pintu sebaik sahaja memasuki kenderaan.

6. Berhati-hati dengan mana-mana individu yang ingin menghulurkan bantuan ketika berada dalam kecemasan seperti kemalangan atau kenderaan rosak. Hubungi orang yang dikenali untuk membantu anda.

7. Ketika memandu, anda dinasihatkan supaya meletakkan beg tangan di bahagian bawah kerusi pemandu dan jangan sesekali meletakkannya di tempat duduk penumpang.

8. Sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda rumah anda diceroboh, segera hubungi pihak polis dan tinggalkan segera tempat itu untuk keselamatan.

9. Belajar seni mempertahankan diri.

10. Simpan nombor kecemasan dan balai polis untuk kemudahan.

Baca juga: Mahkamah bertukar sayu, Lans Koperal tembak maut isteri hamil rayu ziarah kubur sebelum ke hospital psikiatri

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca