Tragis! Kronologi wanita maut dipukul dengan tukul angkara cemburu, suami menangis lepas bunuh, tujuh anak hilang ibu

A
A
A

Tragis! Kronologi wanita maut dipukul dengan tukul angkara cemburu, suami menangis lepas bunuh, tujuh anak hilang ibu

SEDIH mendengar cerita seorang isteri maut apabila didakwa dipukul suami yang sepatutnya menjadi insan melindungi bukannya bertindak di luar kawalan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Kini banyak kes pertelingkahan suami isteri yang berakhir dengan maut. Seperti kes yang berlaku di di Kampung Besol, Bukit Besi ini, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, hilang nyawa di tangan suami sendiri.

Tragedi yang berlaku pada 14 Ramadan itu menyayat hati ramai apabila wanita itu meninggal dunia dipercayai akibat dipukul dengan tukul besi oleh suaminya yang berusia 30-an.

Baca juga: Mahkamah bertukar sayu, Lans Koperal tembak maut isteri hamil rayu ziarah kubur sebelum ke hospital psikiatri

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Siapa sangka perselisihan faham pasangan yang baharu setahun berumah tangga itu di kediaman mereka pada jam 8 pagi berakhir dengan insiden berdarah yang meragut nyawa dalam sekelip mata.

Berikut kronologi kejadian:

1-Sebelum kejadian, mangsa baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah dan setibanya di rumah pasangan itu mula bertengkar.

2-Suspek didakwa hilang kawalan akibat perselisihan faham dan bertindak di luar batasan menggunakan tukul besi. Wanita itu dikatakan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan kecederaan parah di bahagian muka.

3-Difahamkan, selepas membunuh isteri, suspek keluar dari rumah dan menuju ke rumah datuknya terletak tidak jauh dari lokasi.

Kredit foto: Bernama

4-Suspek memberitahu seorang kakaknya yang dia telah membunuh isteri dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.

5-Suspek kemudian pulang semula ke rumah sambil menangis melihat isterinya sudah tidak bernyawa terbaring di ruang tamu.

6-Suspek dilaporkan cuba menamatkan riwayat diri sendiri namun dapat dipujuk ahli keluarga dan jiran.

7-Keluarga suspek menghubungi polis dan memujuk lelaki itu menyerahkan diri sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Besi.

8-Pasangan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam bulan.

9-Mangsa adalah peniaga di kampung berkenaan dan mempunyai enam cahaya mata hasil daripada perkahwinan sebelum ini.

10-Suspek telah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

11-Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Baca juga: Tragis! Wanita maut di tangan suami ditembak lebih 5 das, 10 info kejadian

RUBIAH SUGUL, PERSONALITI SUSPEK  LEMBUT  & BAIK

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Sementara itu adik tiri mangsa, Rozilan Yusof, 38, berkata dia amat terkejut menerima perkhabaran duka mengenai kakak tirinya apatah lagi suspek seorang yang baik dan lemah lembut.

Rozilan berkata kali terakhir Rubiah menghubunginya kira-kira pukul 1.00 pagi kelmarin kerana mahu meminjam kipas untuk bayinya yang kepanasan.

"Saya memang tak sangka kerana mereka berdua tidak ada masalah sebelum ini. Abang ipar pun seorang yang pendiam, baik dan selalu mengaji.

"Tetapi yang saya perasan kakak (mangsa) kelihatan sugul beberapa hari kebelakangan ini. Tak sangka sungguh dia akan pergi dengan cara begini," katanya.

Pilunya apabila ahli keluarga pergi sekelip mata, apatah lagi dalam keadaan tragis pada bulan Ramadan ini. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Rubiah Sabtu, moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Baca juga: Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok

Sumber: Sinar Harian 1, Bernama

Kredit foto utama: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca