KERANA cinta, lautan api pun sanggup diredah! Begitulah perumpamaan yang boleh dikatakan situasi yang dilalui oleh seorang wanita ini.

Wanita berusia 59 tahun yang juga seorang guru tadika itu dilaporkan telah mengalami kerugian RM4,200 selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai menteri kewangan menerusi laman Facebook pada awal bulan ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menyedari dirinya ditipu dan tidak berpuas hati kerana suspek menggunakan nama menteri untuk menipu, wanita terbabit bertindak membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri, keluarga serta hartanya.

Menurutnya, suspek menggunakan nama Facebook Tengku Zafrul dan memperkenalkan diri sebagai Menteri Kewangan selain turut menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi yang dirinya terkejut selepas terbaca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis ‘scammer’ yang mengaku sebagai dirinya.

Menerusi posting di Instagram miliknya, Tengku Zafrul menasihatkan golongan wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati dengan pelbagai tipu helah oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menipu.

Iklan

Iklan

“Sila semak dengan pihak berkuasa sekiranya ada perkara yang mencurigakan dan jangan mudah percaya pada janji -janji manis orang yang tidak dikenali.

Baca juga Muncul di TikTok, Tengku Zafrul mohon orang ramai sumbang idea Bajet 2022

“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan dan menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah kerana hati saya sudah berpunya dan tidak berminat untuk mencari yang kedua,” ujarnya.

Sementara itu, perkongsian Tengku Zafrul mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Ujar mereka;

“Moral of the story… lain kali jangan bagi jawatan menteri kewangan pada lelaki hensem.. ramai yang ambil kesempatan.”

“Allahuakbar… moga kita perempuan yang lemah tak tertipu dengan scammer begini.Nak kahwin, buat solat hajat, istikharah dan doa pada Allah.”

Baca juga Kenang jasa cikgu Matematik, alumni TKC hadiahkan Perodua Aruz dibayar ‘lump-sum’ sempena persaraan

“Sebagai perempuan, fikirlah Menteri Kewangan dah kahwin Janganlah jadi perampas. Ramai lagi lelaki bujang di luar sana yang baik.”

“Perghhhhh statement YB yang last tu sangat jelas dan nyata… tahniah YB!”

“Alhamdulillah setia orangnya, bangga isteri Tengku… mudahan hingga ke akhir hayat amin.”