'Emak rindu abang, ampunilah khilaf dia..'Keluarga abang bas kongsi luahan, kakak buka tabung kutipan derma
KEBELAKANGAN ini hangat diperkatakan mengenai seorang pemandu bas atau lebih dikenali sebagai 'Abang Bas' yang didakwa atas dua pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.
Pelbagai reaksi masyarakat diterima atas penahanan tersebut. Ada yang menyokong tak kurang yang membela lelaki berkenaan.
Terbaharu, kakak kepada Abang Bas dikenali Zarina Sari berkongsi luahan hati ibu mereka yang merindukan adiknya sambil mengenangkan nasib yang menimpa anak lelakinya itu.
Menerusi hantaran tersebut, beliau memberitahu suasana dalam rumah kini menjadi sunyi sepi selepas ketiadaan adik bongsunya sejak tertuduh ditahan reman pada 6 September lalu.
Menurutnya, adik lelakinya itu seorang yang periang, sering meluangkan masa bersama ibu tercinta dan bergurau senda bersama adik-beradik yang lain.
"Emak rindu abang bas....beberapa hari ni takde dah abang bas nak gomol2 emak, baring dalam bilik emak sembang sambil selongkar bilik emak..mana yang tak kena dimata dia suruh emak cepat-cepat buang.
"Kakak-kakak yang selalu kena tinju, smack down ikot miang dia datang...allahu...abang bas pakcik terpaling sayang anak2 buah dia...dari anak buah yang sulung sekarang dah meningkat remaja 19 tahun pun masih boleh bergurau, berkejar satu rumah...inikan pulak empat tahun,'ujarnya.
Zarina sempat menitipkan doa agar kekhilafan yang dibuat oleh adiknya itu dimaafkan serta dipermudah segala urusan agar proses kehakiman dapat berjalan dengan lancar.
Sebelum itu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Muar pada Selasa lalu.
Hakim Sayani Mohd Nor kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Menyentuh mengenai wang jaminan yang dikatakan gagal dibayar baru-baru ini, Zarina menerusi perkongsian terbaharunya di Facebook memohon ihsan orang ramai.
"Assalamualaikum saudara Islam yang banyak memberi support dan respon positif pada abang bas dan family....syukur ke hadrat Ilahi masih ada yang sayang....
"Sekali lagi kami merendah diri membuka tabung seikhlas hati atas dasar perikemanusiaan dan keharmonian, dari mata dan sisi ALLAH yang tidak pernah tidur untuk diri ini mendapatkan keyakinan.
"ALLAH YANG MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI, jika ALLAH berkehendakkan sesuatu itu terjadi maka terjadilah ia"...terima kasih warga media sosial yang banyak memberi nasihat, komen positif, kata-kata semangat untuk membuka tabung "abang bas" sebagai tiket saham akhirat mereka.
"Ya allah, engkau berikan kekuatan kepada abang bas, semoga dia berjaya menghadapi segala ujian darimu..saat dia benar-benar down jentikkan hati dia untuk sentiasa dekat denganmu, bertasbih dan berzikir mengingatimu.
"Gugurkan dosa dosanya seperti mana engkau gugurkan airmata jantan seorang lelaki yang bergelar "AYAH".....Dan mengangkat setinggi tingginya Doa Wanita mulia yang bergelar "IBU".... Sedikit pencerahan untuk menangani isu dikemudian hari..
"Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kepada semua...semoga Allah membalas kebaikan kalian berlipat kali gandanya..itu saja yang kami mampu hadiahkan segala pengorbanan kalian.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang