1.5 kali ganda berkesan bersihkan minyak degil & bakteria, pembersih muka Kao Men’s pilihan terbaik lelaki

RANGKAIAN Kao Men’s Biore Double Scrub Facial Foam kini diformulasi dengan teh hitam yang berkesan untuk menyingkir minyak dan toksin.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan formulasi menthol yang memberikan kesegaran pada wajah.

Presiden Kao Malaysia, Nishimaki Akira berkata, dengan teknologi terkini Jepun, kuasa microscrub berfungsi 1.5 kali ganda berkesan untuk membersihkan minyak degil, kotoran dan bakteria yang terkumpul jauh di dalam pori.

“Rangkaian produk kami diperbaharui setiap dua tahun supaya pelanggan memperoleh pengalaman pembersihan yang terkini menerusi formulasi, bau hinggalah kepada aspek pembungkusan,” katanya.

BACA JUGA: R+B baru saja perkenal gel pembersih muka, scrub wajah dan badan antiselulit, pelembap dan krim badan antiselulit

Iklan

BACA JUGA: Hapuskan 99.9 peratus kuman berbahaya, Shokubutsu Natural Protection pembersih tangan yang beri perlindungan maksimum

Men’s Biore Double Scrub Facial Foam menawarkan lima varian iaitu Deep Clean Extra Cool, Deep Clean, Bright Energy, Acne Solution dan Oil Clear.

Iklan

Penyanyi terkenal, Naim Daniel dilantik sebagai wajah terbaharu Men’s Biore.