KALAU tinggal di kampung, port sarapan pagi memang banyak.

Namun, kalau di Lembah Klang, boleh tahan payahnya nak mencari tempat sarapan pagi yang bukan sahaja sedap, tapi miliki aura seperti di desa.

Baru-baru ini, Tourism Selangor berkongsi 10 tempat sarapan pagi yang best dan menarik.

Sebenarnya, daripada 10 premis, lima daripadanya admin dah sampai dah. Memang kelaslah!

Terdapat makanan dan minumannya yang memang mengundang memori zaman silam.

Antara di Roti Leleh Batu Arang. Perghhh… ketika menulis artikel ini, fikiran terkenang-kenangkan kelazatan kopi dan roti bakarnya.

Okey, tak mahu bercakap panjang, kami kongsikan 10 port menarik nak breakfast di sekitar Selangor.

1. Kopitiam 143
Lokasi: AJ25 Flat Taman Keramat, Taman Keramat, 54200 Ampang Jaya, Selangor
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (dibuka setiap hari kecuali hari Selasa)
Menu signatur: Telur separuh masak, mi wantan, roti bakar arang dan masakan Asia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

2. Kueh@Seksyen 13
Lokasi: No 6, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 8 malam
Menu signatur: Pelbagai jenis kuih, laksa utara, nasi lemak ayam berempah dan nasi tomato

Atap By Pagi Coffee

3. Atap by Pagi Coffee Co
Lokasi: Tingkat 2, 28-2, Jalan SS 15/4, SS 15, Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 6 petang
Menu signatur: Roti dengan keju bakar, kopi dan kombucha

Auntie Foo

Auntie Foo Food4. Kafe Auntie Foo
Lokasi: 1, Jalan Raja Abdullah, Kuala Selangor, Selangor
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Menu signatur: Makanan ringan, snek dan minuman

100 Hauz Coffee5. 100Houz Coffee & Breakfast
Lokasi: Jalan Reko, Taman Hijau, Kajang, Selangor
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5.30 petang (dibuka setiap hari kecuali Isnin)
Menu signatur: Pasta, makanan ringan, pastri dan kopi

Pak Teh Kopitiam

Pak Teh Kopitiam 6. Pak Teh Kopitiam
Lokasi: 13, Lorong 1, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Selangor
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 4 petang (dibuka setiap hari kecuali Selasa)
Menu signatur: Roti bakar kaya, telur separuh masak dan nasi lemak

7. Hay! Cafe
Lokasi: Jalan Tali Air 5, Sekinchan, Selangor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 4.30 petang
Menu signatur: Nasi lemak ayam rempah, pasta, kopi dan kek

Iklan

8. Bahulu Classiq
Lokasi: Batu 18 Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
Menu signatur: Lontong, mi jawa dan mi rebus asli

Roti Canai Batu Arang

9. Roti Leleh Batu Arang
Lokasi: Jalan Pekan, Batu Arang, Selangor
Waktu operasi: 6 pagi hingga 1 tengah hari (dibuka setiap hari kecuali Selasa dan Jumaat)
Menu signatur: Roti Canai Batu Arang

Warung Ketupat Kampung Permatang

10.Warong Ketupat Yan
Lokasi: 469, Jalan Permatang, Kampung Permatang, Kuala Selangor
Waktu operasi: Bermula 7 pagi
Menu signatur: Sate kerang, ketupat, sate, serunding dan kuih tempatan

Baca juga: Hello peminat ‘pink’, ini 5 kafe hipster boleh kalian serbu sekitar Selangor & KL

Iklan

Baca juga: Kafe atas bumbung jadi lokasi romantik, bajet bawah RM100 dan bonus spot ‘Instagrammable’

Lihat, nama lokasi pun dah gempak, apa lagi dengan menu-menu yang disediakan.

Pasti ramai balik dengan senyuman. Silap hari bulan, tak perlu makan tengah hari kerana kekenyangan yang amat.

Sebelum itu, pesan admin, sila datang awal, elak kesesakan sebab semua premis memang popular dalam kalangan komuniti tempatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi