SELALUNYA ramai orang menganggap hanya berjoging atau berjalan sahaja sebagai senaman untuk menjaga kesihatan namun tidak menyedari manfaat dari melompat.

Pakar-pakar kecergasan juga banyak mencadangkan aktiviti melompat ini kerana ianya dapat memperkuatkan bahagian atas dan bawah badan serta membakar kalori dalam masa yang singkat.

Mari kita lihat lebih lanjut perkongsian daripada Khairul Abdullah tentang manfaat melompat kepada kita dan anak terutamanya lompat trampolin ini.

1. Aktiviti melompat secara berkala akan membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Tulang kita ni makin kuat bila ditekan dan makin lemah bila tiada tekanan. Jadi melompat ni memberi tekanan pada tulang seluruh tubuh badan kita.

2. Melompat akan membuatkan 37 trillion sel dalam badan turut melompat. Tekanan graviti terhadap semua sel membuatkan mereka terpaksa menjadi lebih kuat untuk menerima tekanan lalu meningkatkan tenaga sel dan fungsi mitochondrial.

3. Melompat membantu badan menyahtoksin dengan meningkatkan peredaran limfa. Tidak seperti sistem peredaran darah yang mempunyai jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan, sistem limfa takde pam dan bergantung pada pergerakan badan untuk beredar. Melompat adalah peregrakan yang paling bagus.

4. Melompat meningkatkan imuniti badan untuk menangkis jangkitan dan mencegah penyakit. Melompat selama 10 minit meningkat tiga kali ganda jumlah sel darah putih. Sistem limfa mengangkut sel-sel imun ini ke seluruh badan untuk meningkatkan fungsi imun, yang merupakan
barisan pertahanan pertama badan kita.

5. Melompat trampolin meningkatkan kesihatan pencernaan dan usus. Ia membantu penghadaman kerana gerakan menaik turun berirama merangsang pengecutan dan kelonggaran
otot yang membentuk saluran pencernaan.

Artikel berkaitan: Tip elak mekap cair walau pakai pelitup muka

6. Melompat di trampolin ni membantu meningkatkan keseimbangan, koordinasi dan postur dengan merangsang saraf okular dan saluran telinga dalam. Selalu melompat membuatkan reflek kita cepat bertidakbalas.

Iklan

7. Melompat ni menguatkan otot mata untuk penglihatan yang lebih baik. Ia membantu menguatkan saraf okular dan otot mata anda kerana kesan peningkatan daya G pada
setiap bahagian badan.

11 sebab kenapa melompat bagus untuk kita dan anak- anak.. nombor 9 tu mesti ramai yang suka

8. Melompat sangat membantu mengedarkan oksigen ke seluruh badan untuk meningkatkan tenaga. Tubuh yang sangat beroksigen tidak digemari oleh kuman penyakit dan sel-sel jahat, yang bersifat anaerob. Depa ni tak dapat bertahan dalam persekitaran yang sangat beroksigen.

Iklan

9. Melompat trampolin telah terbukti dapat meningkatkan kadar metabolisma dan membantu menurunkan berat badan ok. Kadar metabolisma korang akan terus meningkat sehingga 24 jam walaupun dah stop melompat. Memang sesuai nak kuruskan badan.

10. Melompat meningkatkan keupayaan mental dan meningkatkan kesihatan mental. Lompatan yang kerap meningkatkan peredaran darah. Ini membolehkan banyak oksigen segar ke otak, meningkatkan ketajaman dan fokus mental serta meningkatkan komunikasi antara ke 2
bahagian otak. Ini meningkatkan keupayaan mental dan diketahui dapat membantu kanak-kanak membaca dan menulis.

11. Melompat dapat membantu mengurangkan kegelisahan, atau ketidakupayaan untuk berehat yang disebabkan oleh apa sahaja faktor sama ada minum terlalu banyak kafein, tekanan, kesakitan fizikal, atau aoa sahaja. Untuk kanak-kanak yang ada ADHD, melompat membantu mengalihkan tenaga dan mengatasi kegelisahan.

Sumber : Khairul Abdullah