11 simptom stres suami, para isteri tolong jangan abaikan

No Image Caption
A
A
A

STRES boleh dialami dalam dua keadaan, iaitu sama ada secara fizikal mahupun psikologi, tetapi kedua-duanya saling berkaitan.

Kajian ada menunjukkan bahawa stres yang kronik boleh menyebabkan penurunan fungsi imun tubuh.

Ini kemudiannya akan meningkatkan risiko jangkitan dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan tersebut.

Berikut merupakan antara simptom-simptom fizikal kejadian stres dalam kalangan kaum lelaki:

1) Sakit pada bahagian dada.

2) Jantung yang berdegup laju dan peluh meningkat.

3) Tekanan darah tinggi dan kehilangan atau pertambahan berat badan.

4) Tercungap-cungap.

5) Keletihan dan mempunyai masalah kulit.

6) Dorongan seks yang semakin menurun.

7) Sakit pada bahagian otot seperti sakit belakang dan sakit leher.

8) Sakit kepala dan pening.

9) Rasa kering pada bahagian tekak.

10) Ketidakhadaman.

11) Sembelit atau cirit-birit dan kekejangan perut.

Selain itu, berikut merupakan antara simptom-simptom psikologi akibat stres:

1) Kesedihan dan kemurungan.

2) Menangis.

3) Rasa terasing.

4) Insomnia.

5) Emosi yang tidak stabil.

6) Kebimbangan dan kegelisahan.

7) Kemarahan yang tidak terkawal.

8) Makan secara berlebihan atau terlalu kurang.

9) Rasa tidak yakin pada diri sendiri.

10) Produktiviti yang semakin menurun.

11) Tidak puas dengan kerja.

Oleh itu, buat isteri di luar sana, kenal pasti simptom-simptom di atas dan bantu ketua keluarga anda untuk mendapatkan rawatan segera jika keadaan sudah tidak mampu dikawal.

Kredit: Dr Ahmad Syafi Surhani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca