3 lokasi piknik di puncak bukit, destinasi healing dan OOTD unik boleh simpan dalam bucket list

A
A
A

3 lokasi piknik di puncak bukit, destinasi healing dan OOTD unik boleh simpan dalam bucket list

SAMBIL makan, halwa mata dijamu dengan pemandangan alam yang cukup menenangkan!

Itu ciri-ciri yang dimahukan oleh kebanyakan daripada kita.

Justeru, setelah berpuasa dan beraya, apa kata ajak-ajak kawan-kawan atau ahli keluarga bersantai pada hujung minggu di tempat esklusif di puncak bukit.

Kali ini bukan sahaja menikmati panorama alam, tetapi berpiknik sakan pilihan makanan yang disediakan khas oleh pemilik.

piknik healing

Tak perlu susah payah masak atau pening kepala fikir menu untuk piknik, kan? Semuanya tersedia ?

Berikut SinarPlus kongsikan hasil carian kami beberapa destinasi yang boleh disinggahi atau KIV dulu sementara menunggu cuti lulus.

Berikut perincian:

piknik healing

1. Lembah Madu Resort

  • Antara port healing terbaharu di Kedah.
  • Destinasi yang terletak di Wang Tepus, Jitra itu hanya dibuka pada Jumaat dan Sabtu sahaja.

piknik healing

  • Menariknya, anda boleh bentang tikar dan sembang petang sambil melihat view hijau.
  • Bab makan jangan risau kerana banyak opsyen pakej yang boleh dipilih untuk alas perut.

piknik healing

Alamat: Lembah Madu, Wang Tepus, Jitra, Kedah

Waktu operasi: 4.30 petang hingga 7.30 petang

Facebook: Lembah Madu Resort

Baca juga ”Healing’ versi wanita dewasa, Hanis Zalikha kongsi video anaknya buat rawatan kecantikan raih perhatian warga maya

2. Bukit Genting

  • Boleh dikatakan antara lokasi OOTD wajib singgah jika berkunjung ke Pulau Pinang.
  • Bukan setakat dek pelantar untuk bergambar, ada juga tempat berehat bentuk kapal kecil dan gazebo.

piknik healing

piknik healing

Alamat: Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 3 petang dan 5 petang hingga 10 malam

Facebook: Bukit Genting Hill Leisure Park and Restaurant

Baca juga Percutian yang dirindukan, tiket makin murah, ramai tak sabar nak keluar melancong. Ini lokasi cadangan kami…

3. Signature Picnic Experience

  • Tawaran eksklusif buat mereka yang mengimpikan suasana piknik di tengah ladang teh.
  • Cameron Highland Resort menawarkan pakej menarik buat mereka yang mahukan konsep healing privasi di puncak bukit.

piknik healing SUMBER foto Twitter Nor Afiqah.

  • Banyak foto yang dikongsikan memang wow! Apatah lagi menu yang disajikan memang kelas.

Alamat: Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Waktu operasi: Bergantung kepada pakej

Facebook: Cameron Highlands Resort

piknik healing SUMBER foto Twitter Nor Afiqah.

Melihat kepada senarai yang dinyatakan, ada yang menawarkan harga rahmah, ada juga sebaliknya.

Apa pun, bergantung kepada bajet masing-masing.

Baca juga Ini amalan doa masuk hutan, wanita suka ‘hiking’, berkhemah, berkelah wajib tahu

Boleh juga menabung demi untuk sampai ke lokasi yang diimpikan.

Jika anda mempunyai tempat menarik untuk berpiknik di puncak bukit, boleh kongsikan di ruang komen kami.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca