JIKA dicongak secara tepat, sudah setahun enam bulan rakyat Malaysia dibelenggu dengan wabak Covid-19.

Tatkala kerajaan mengumumkan pelaksanaan Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik, ramai yang tersenyum lebar.

Bukan itu sahaja, sebaik kawasan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara baru-baru ini, keghairahan orang ramai berkunjung ke taman rekreasi, air terjun dan pantai jelas kelihatan.

Pun demikian, masih ramai yang ragu-ragu untuk keluar melancong, sementelah kes jangkitan masih tinggi.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Apa-apapun, segalanya akan selamat jika kita mematuhi prosedur operasi standard yang digariskan.

Sempena Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada bulan Oktober ini, SinarPlus melalui program Travel Maya ingin mengajak pembaca mengingati kembali destinasi-destinasi menarik yang kerap menjadi tumpuan sebelum ini.

Antaranya di Langkawi, Kedah; Cameron Highlands, Pahang dan Melaka.

Barangkali ada di antara kita yang terlupa. Mana tahu maklumat ini memberi idea untuk kembara anda bersama keluarga atau kenalan pada masa akan datang.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

1. LANGKAWI, KEDAH

LANGKAWI telah dipilih menjadi destinasi pelancongan pertama untuk Projek Rintis Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik sejak 16 September lalu.

Sambutan yang diterima cukup hebat!

Sebut sahaja mengenai tempat peranginan bebas cukai yang terletak di Kedah itu, mesti ramai terbayang-bayang keindahan pantai, pulau dan perkampungan tradisional yang kaya dengan kesan peninggalan sejarah penuh misteri.

Jika pembaca SinarPlus bercadang untuk bercuti di sana, berikut cadangan kami untuk anda terokai:

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

SkyBridge Langkawi

  • Mercu tanda paling strategik yang terletak di puncak Bukit Mat Chinchang memang lokasi wajib dikunjungi.
  • Dengan ketinggian lebih 650 meter dari paras laut, keindahan keseluruhan pulau lagenda dapat dilihat. Jangan lupa fakta bahawa jambatan gantung berbentuk melengkung sepanjang 125 meter di sana merupakan yang terpanjang di dunia.
  • Dengan menaiki kereta kabel juga, pengunjung boleh merasai kedinginan hutan belantara. Eksplorasi anda boleh diteruskan dengan menyertai UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi yang terletak di Telaga Tujuh.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Island Hopping

  • Pulau seluas 478.5 kilometer persegi itu mempunyai 104 kepulauan kecil yang cukup popular untuk aktiviti snorkeling dan  berkayak.
  • Sama ada Pulau Payar Marine Park, Pulau Beras Basah atau Pulau Dayang Bunting, semuanya cantik belaka.
  • Untuk menambah lagi skop perjalanan, anda boleh berjalan-jalan di beberapa pantai indah yang berdekatan seperti di Pantai Pasir Tengkorak dan Pantai Pasir Hitam yang lain daripada lain.

Kawasan bebas cukai

  • Lokasi wajib singgah! Kata orang, tiada maknanya percutian di Langkawi tanpa membeli coklat, periuk dan pinggan mangkuk berjenama atau pakaian yang dijual pada harga jauh lebih murah.
  • Selain HIG Mall, terdapat beberapa singgahan lain seperti Rams Home Decor Sdn Bhd, Idaman Suri, Jetty Point, Zeno Duty Free Shopping Centre dan Langkawi Saga Shopping Centre.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Bukan setakat itu sahaja, masih terdapat banyak lagi destinasi pelancongan yang wajib diserbu.

Antara yang dicadangkan oleh hos Travel Maya, Addy Junaidi adalah seperti di Dataran Lang, Pekan Pandak Mayah (Kuah), Pantai Cenang, Kompleks Kraf Langkawi, Underwater World Langkawi, 3D Art, Upside Down House, Taman Lagenda Pulau Langkawi, Kota Mahsuri dan banyak lagi.

Memang tempoh sehari tidak cukup untuk mengunjungi kesemua lokasi yang ada. Jadi, rancanglah jadual percutian sebaik mungkin.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

2. MELAKA

Penjelajahan kru Travel Maya SinarPlus  ke bumi Melaka begitu mengujakan warganet.

Selepas menontonnya, ramai yang berhajat ke negeri bersejarah itu sebaik larangan merentas negeri dimansuhkan.

Mana mungkin menyahkan Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia dalam indeks pelancongan.Tiga lokasi yang dinyatakan merupakan tempat paling wajib dikunjungi seisi keluarga.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Taman Dinosaur Encounter Zoo Melaka

  • Satu tarikan baharu di Zoo Melaka yang pastinya akan menjentik keriangan terutama dalam kalangan pengunjung cilik.
  • Masakan tidak, mereka bakal dikejutkan dengan 100 spesies dinosaur yang ‘hidup‘ di sana.
  • Lebih menarik, fosil haiwan prasejarah pertama ditemui di Malaysia iaitu spesies Spinosaurus akan menanti orang ramai di pintu masuk. Menarik bukan?

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Kota bersejarah & Encore Melaka

  • Tidak sah kalau pelancong tidak melewati bangunan-bangunan bersejarah di tengah-tengah kota Melaka.
  • The Stadhuys, A‘ Famosa, Kota St John dan Kota Belanda masih gah berdiri, di samping Muzium Baba Nyonya, Muzium Istana Kesultanan Melaka dan Muzium Samudera Flor De La Mar.
  • Barangkali pada hari kedua, halakan stereng kereta ke Tanjung Kling dengan melawat Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 yang merupakan kapal selam latihan kru Kelas Perdana Menteri, Tentera Laut Diraja Malaysia.
  • Satu destinasi yang masih asing dan ramai tidak tahu adalah di Encore Melaka.
  • Di sana, anda boleh mempelajari banyak perkara berkaitan dengan sejarah Melaka yang disampaikan melalui persembahan berdurasi 70 minit.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Melaka River Park & Cruise

  • Jika kunjungan dilakukan pada hujung minggu, sila bersabar untuk mendapatkan tiket menaiki bot.
  • Pemandangan sepanjang 45 minit menyusuri Sungai Melaka memang berbaloi.
  • Pandangan mata bukan sahaja dapat melihat bangunan bersejarah di kiri dan kanan, malah boleh menghayati keindahan kincir air, kubu di pesisir sungai dan tujuh buah jambatan kecil yang ikonik.
  • Paling mencuri tumpuan pastinya suasana di Kampung Morten yang digelar penduduk Melaka sebagai ‘muzium hidup‘.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Iklan

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Sebenarnya terdapat lebih 50 buah tempat menarik di Melaka. Pertimbangkan juga untuk mengunjungi Menara Taming Sari, Taman Tema Air A‘Famosa Resort, Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka, Pantai Klebang dan lain-lain.

3. CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

Puncak peranginan seperti Cameron Highlands antara yang disasarkan oleh rakyat Malaysia sebaik sahaja dibenarkan merentas negeri.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Kru Travel Maya SinarPlus juga melawat kawasan itu baru-baru ini.

Kata mereka, ladang teh dan kebun strawberi masih kekal dan cantik seperti dulu.

Perjalanan satu hari di sana bukanlah satu pilihan tepat. Anda dicadangkan untuk melakukan percutian selama tiga hari dua malam bagi memastikan ‘pendakian‘ ke Cameron Highlands berbaloi.

Iklan

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

The Sheep Santuary dan Cameron Adventurous

  • Zoo mini yang menempatkan lebih kurang 14 ekor kambing biri-biri.
  • Keunikan terbaharu di Kea Farm Market itu dijangka mampu menyuntik keseronokan terutama dalam kalangan kanak-kanak.
  •   Selain mengunjungi taman haiwan, anda seisi keluarga boleh menerokai keindahan kawasan berbukit di Cameron Valley, Kuala Terla dengan menaiki ATV.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Ladang bunga dan kaktus

  • Seperti kata pengacara Travel Maya SinarPlus, Addy Junaidi, tidak sempurna percutian di Cameron Highlands jika tidak mengunjungi ladang atau taman bunga yang memukau.
  • Antara lokasi yang disarankan adalah di Lavender Garden, Green View Garden, Rose Valley, Tan‘s Camellia Garden, Blue Valley Flowers, Ladang Teh Boh Sungai Palas, Ladang Teh Bharat dan Cactus Valley.
  • Jangan lupa menu signatur tanah tinggi itu iaitu aiskrim perisa strawberi dan lavender serta roti bakar yang enak.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Pasar tani

  • Destinasi yang paling digemari oleh kaum Hawa.
  • Memang rambang mata melihat sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang dijual pada harga cukup murah di pasar pagi atau malam.
  • Pilihan SinarPlus pastinya di Pasar Malam Brinchang dan Pasar Kea Farm.
  • Jangan lupa menikmati jagung mutiara rebus dan cendawan goreng sambil membeli-belah pelbagai jenis bunga dan anak pokok.

Portal maisinggah.com, menyenaraikan beberapa lokasi menarik lain seperti di Rose & Orchid Garden khas untuk peminat ros dan orkid, selain Muzium Time Tunnel dan Muzium 5D Art.

 

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Kepada peminat alam semula jadi, Lata Iskandar, Green View Garden, Air Terjun Robinson dan Mossy Forest antara seleksi destinasi yang disyorkan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mereka yang gemar dengan aktiviti lasak, boleh bertandang ke Cameron Adventurous.

Foto: FACEBOOK LANGKAWI SKYCAB, 123RF, TOURISM MALAYSIA, TOURISM MELAKA, THE SHEEP SANCTUARY, TOURISM PAHANG & KEDAH TOURISM