PASTINYA ibu bapa akan risau apabila si kecil kerap muntah. Apatah lagi buat mereka yang baru pertama kali menyambut kelahiran bayi kesayangan masing-masing.

Menurut, Dr Reza Zainol, terdapat tiga jenis warna muntah yang ibu bapa kena tahu.

Tiga jenis muntah itu adalah:

i) Muntah berwarna jernih.
ii) Muntah warna kuning.
iii) Muntah warna hijau.

“Muntah bayi yang berwarna hijau adalah satu tanda bahaya untuk bayi.

“Ibu bapa perlu tahu bahawa muntah bayi yang normal tak akan berwarna hijau,” kata Dr Redza.

Lebih membimbangkan, jika muntah hijau itu ditambah dengan perut yang mengembung besar, ia sangat merisaukan.

“Boleh jadi ada bahagian usus bayi yang tersumbat,” ujar Dr Redza lagi.

Segeralah dapatkan pemeriksaan selanjutnya.

Namun demikian, apabila bayi anda muntah, badan akan kehilangan banyak cecair.

Iklan

Penggantian cecair adalah penting supaya dia tidak akan ternyahhidrat. Berikan bayi anda larutan elektrolit (seperti Larutan Penghidratan Semula Oral tetapi tanya doktor anda untuk sebarang cadangan lain) atau cecair jernih atau jus epal yang telah dicairkan. Semua ini mudah untuk diminum.

Pakar-pakar telah mencadangkan pelan berikut:

i) Apabila bayi anda telah berhenti muntah, berikan bayi anda air atau larutan elektrolit dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah jam hingga satu jam.

Iklan

ii) Jika bayi anda boleh meminumnya tanpa dimuntahkan semula, berikan dia sebanyak 2 auns (50mililiter) larutan elektrolit berselang-seli dengan 2 auns (50milileter) cecair jernih setiap setengah jam.

ii) Selepas bayi berjaya minum dua dos yang tersebut tanpa muntah, tambah susu atau susu formula yang dicairkan dan tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4 auns (80-100mililiter) setiap tiga atau empat jam.