SUDAH menjadi kebiasaan hidangan kacang panggang disediakan sewaktu sarapan pagi bersama telur, sosej, daging salai dan cendawan.

Secara praktikalnya, perkara itu turut dilakukan oleh hotel-hotel di Malaysia yang menyediakan bufet makanan pagi ala Amerika dan Inggeris.

Secara tidak langsung pendekatan itu melahirkan tanggapan bahawa kacang panggang hanya sesuai dimakan dengan sajian tertentu sahaja.

Pun demikian, jenama Ayam Brand memiliki solusi dalam mempelbagaikan menu.

Baru-baru ini, jenama berkenaan memperkenalkan empat resipi baharu menggunakan Kacang Panggang Ayam Brand.

Beritahu mereka, resipi yang dikongsikan bukan sahaja sesuai dinikmati ketika sarapan, tetapi juga boleh dimakan sewaktu makan tengah hari dan malam.

Ayam Brand menggunakan kacang panggang yang berkualiti tinggi iaitu kacang Haricot Utara yang mana kaya dengan protein dan serat.

” Bukan itu sahaja, ia disediakan dengan resipi yang telah diuji dan bebas bahan pengawet makanan, MSG serta kandungan gula dan garam yang rendah. Justeru, tidak mengapa jika orang ramai ingin jadikan ia sebagai snek harian,” kata jenama itu dalam satu kenyataan.

Tambah Ayam Brand lagi, kacang panggang boleh diambil oleh golongan vegetarian sebagai pengganti kepada daging kerana kandungan serat yang tinggi membantu melambatkan penyerapan gula dalam darah.

Perkara itu akan membuatkan tubuh rasa kenyang dan boleh menjana tenaga yang cukup sepanjang hari.

Baca juga: Memang sedap Vegan Pai Ayam Brand dan Yumeat ni. Wajib cuba!

Sebelum berkongsi resipi, jenama itu memberitahu, ibu hamil digalakkan untuk menambah kacang panggang dalam diet seharian mereka.

“Hal itu kerana, kacang boleh membantu menambahkan folat (vitamin B atau asid folik). Penambahan asid folik itu terbukti dapat mengurangkan kebarangkalian kerosakan tiub saraf pada bayi,” kata jenama itu lagi.

Berikut empat resipi yang diperkenalkan oleh Ayam Brand:

1. Lempeng Sardin dan Kacang Panggang

Makanan kegemaran warga Malaysia yang mudah dimasak boleh dinikmati sepanjang hari.

Bahan-bahan

– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu besar minyak
– 2 sudu besar bawang cincang
– 1 sudu besar bawang putih kisar
– 1 sudu besar cili hijau besar dihiris
– 1 sudu besar pes cili
– 1 tin Sardin Ayam Brand (300gram)
– 1 pek Tomato Cincang Ayam Brand
– 1 tin Kacang Panggang Ayam Brand (320g)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar cincang, bawang putih yang telah dikisar dan sedikit cili hijau ke dalam kuali. Kacau sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan Tomato Cincang Ayam Brand dan pes cili, masak seketika dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
3. Seterusnya, tuangkan Sardin Ayam Brand dan Kacang Panggang Ayam Brand. Kacau sehingga sebati.
4. Sebelum tutup api, boleh tambah garam sebagai perasa. Hidangan ini sesuai dinikmati bersama lempeng dan lebihannya boleh dipanaskan semula untuk dimakan untuk makan malam.

2. Kentang Jaket Mini dengan Kacang Panggang

Menu sampingan yang klasik menggabungkan kacang panggang dengan kentang.

– 200g ubi kentang
– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu kecil cili flakes
– 1 sudu besar minyak zaitun
– 2 sudu besar jus lemon
– 1 tin Kacang Panggang Ayam Brand (425g)

Cara penyediaan:

1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah Celsius.
2. Basuh 150g kentang dan lap sehingga kering. Kemudian cucuk permukaan dengan garpu.
3. Salut kentang bersama minyak zaitun dan toskan dengan garam.
4. Susun kentang di atas loyang dalam satu lapisan dan bakar di dalam ketuhar selama 40 minit.
5. Setelah masak, sejukkan selama 10 minit dan pangkah kecil pada permukaan setiap kentang. Kemudian cubit sedikit di pangkal ubi untuk membuat pembukaan.
6. Sekarang, tambahkan satu sudu teh Kacang Panggang Ayam Brand pada setiap satu, sedikit kepingan cili dan taburan bawang besar.
7. Untuk menambah rasa, boleh perah sedikit jus lemon di atas dan sedia untuk dihidangkan.
8. Menggantikan cili flakes dengan lada hitam yang telah dikisar adalah alternatif yang bijak kerana ia dapat mengurangkan kepedasan.

3. Spageti dengan Sos Kacang Panggang

Sos pasta mengunakan kacang panggang untuk pilihan yang lebih sihat dan sesuai untuk vegetarian.

Bahan-bahan

Iklan

– 450g spageti
– 25g pasli segar
– 1 liter air
– 1 sudu besar minyak
– 2 sudu besar bawang cincang
– 1 sudu besar bawang putih kisar
– 1 sudu besar lada kisar
– 1 tin Tomato Puree Ayam Brand 160g
– 1 tin Kacang Panggang Ayam Brand 425g

Cara penyediaan:

1. Masukkan spageti ke dalam periuk yang telah mendidih dengan air bergaram. Apabila spageti telah masak (al dante), toskan air dan ketepikan.
2. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan bawang besar dan bawang putih kisar, kacau selama lima minit.
3. Tuang setengah tin Tomato Puree Ayam Brand, lada kisar dan satu tin Kacang Panggang Ayam Brand untuk dijadikan pes.
4. Kemudian, boleh masukkan spageti yang telah dimasak bersama setengah cawan air pasta masin. Kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih selama lima minit lagi sehingga spageti empuk.
5. Seminit sebelum siap memasak, hiaskan dengan pasli segar.

Nota tambahan: Jika anak-anak lebih suka tekstur yang lebih berkrim dan rasa pasta keju, boleh tukar Kacang Panggang Ayam Brand kepada Keju Kacang Panggang Ayam Brand.

4. Roti Kacang Panggang

Hidangan sampingan yang sihat dan lazat.

Bahan-bahan

– 200g lobak merah dicincang halus
– 100g serbuk roti
– 25g daun ketumbar
– 3 sudu besar tepung jagung
– 1 sudu besar halia kisar
– 2 sudu besar bawang cincang
– 3 sudu besar cili hijau besar dihiris
– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu besar serbuk cili
– 1 tin Jagung Manis Ayam Brand 425g
– 2 tin Kacang Panggang Ringan Ayam Brand 425g

Cara penyediaan:

Iklan

1. Tumis lobak merah yang dicincang halus bersama cili hijau, Jagung Manis Ayam Brand dengan secubit garam sehingga empuk.
2. Gunakan mangkuk besar, masukkan bahan yang telah ditumis tadi bersama Kacang Panggang Ringan Ayam Brand yang kurang 48 peratus kandungan gula. Kemudian tumbuk semua bahan sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit tepung jagung ke dalam adunan untuk menghasilkan doh. Kemudian, masukkan halia , bawang besar dan daun ketumbar ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
4. Perasakan adunan dengan garam dan serbuk cili secukup rasa.
5. Bentukkan doh dalam saiz sederhana, salutkan doh ke dalam serbuk roti dan susun di atas pinggan.
6. Panaskan minyak dalam kuali leper. Goreng sebelah sehingga garing. Kemudian terbalik dan garingkan sebelah lagi.
7. Hidangan ini boleh dimakan bersama sos cili dan lebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk dan panaskan semula untuk dijamu pada tengah hari esoknya.

Jadi apa tunggu lagi, jom cuba masak Kacang Panggang dengan resipi itu, nampak sungguh menyelerakan!

Bagi kalian yang ingin membeli produk Ayam Brand, boleh dapatkan di pasar raya besar seperti Aeon, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, pasar raya ataupun kedai runcit di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook, Ayam Brand atau laman web www.ayambrand.com.my.

Baca juga: 4 sajian viral guna produk Ayam Brand yang senang sangat nak buat dan tak renyah

Baca juga: Laksam guna produk Ayam Brand. Gerenti lebih mudah, cepat dan tak renyah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan