BIJIRIN oat merupakan makanan yang banyak khasiatnya.

Buktinya, menurut laman web healthline.com, oat mempunyai kandungan serat, vitamin dan mineral yang tinggi sehingga memberi pelbagai manfaat kepada penggemarnya.

Antara kelebihan oat adalah ia kaya dengan nutrisi dan dapat merendahkan tahap kolesterol.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dan melegakan sembelit serta sesuai untuk sesiapa yang sedang diet.

Selain itu, mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa oat boleh digunakan untuk menghasilkan beberapa resipi yang menarik lebih-lebih lagi pada bulan puasa dan Aidilfitri nanti.

Justeru, SinarPlus ingin berkongsi koleksi empat resipi istimewa daripada Quaker Oats yang boleh dijadikan sebagai menu pilihan tidak kira semasa berbuka, bersahur atau moreh.

Memang senang, cepat dan semestinya lazat.

Berikut 4 resepi daripada QUAKER OATS:

1. RICH MANGO OATS SHAKE

Bahan-bahan
• 8 sudu besar oat (dikisar menjadi serbuk)
• 1 biji mangga besar (dikupas dan dicincang)
• 1 1/2 cawan susu rendah lemak
• 1 sudu kecil gula atau pemanis
• 1/2 cawan ketulan ais

Cara penyediaan:
1. Masukkan serbuk oat, mangga, susu, gula atau pemanis dan ketulan ais ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga semua bahan sebati dengan baik.
3. Rich mango oats shake siap untuk dihidangkan.

2. BLUEBERRY BANANA OVERNIGHT OATS

Bahan-bahan
•1/2 cawan atau 8 sudu besar oat
•1/2 cawan susu tanpa lemak
•1 sudu teh vanila
•1/2 cawan blueberry
•1/2 cawan pisang (dihiris)
•1 sudu teh biji chia (pilihan)

Iklan

Cara penyediaan:
1. Tambahkan oat ke dalam bekas tuangkan susu dan vanila.
2. Tambahkan lapisan blueberry dan kemudian lapisan kepingan pisang.
3. Selepas itu, tuang sedikit madu dan biji chia (jika perlu).
4. Letakkan di dalam peti sejuk dan nikmati pada waktu pagi atau beberapa jam kemudian.
5. Biarkan sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti sejuk sekitar 40 darjah Celsius.
6. Blueberry banana overnight oats saip untuk dihidangkan.

3. 3 MINUTE NO BAKE COOKIES

Bahan-bahan
• 2 cawan gula pasir
• 8 sudu besar marjerin
• 1/2 cawan susu rendah lemak
• 1/2 cawan serbuk koko
• 3 cawan oat

Cara penyediaan:
1. Gunakan periuk besar, satukan gula, marjerin, susu dan serbuk koko.
2. Kemudian, didihkan dengan api sederhana selama 3 minit dan kacau selalu.
3. Selepas itu, kacau oat sehingga sebati.
4. Satukan kedua-dua bahan dan gunakan sudu besar untuk dibentuk seperti biskut.
5. Ulang langkah di atas sehingga adunan habis.
6. Sesuai itu, simpan di dalam bekas kedap udara.
7. 3 Minute No Bake Cookies siap untuk dimakan.

Iklan

4. BUBUR TUNA

Bahan-bahan
• 8 sudu besar oat
• 2 1/4 cawan air
• 4 sudu besar tuna (ditumbuk)
• 4 sudu besar jangung (direbus)
• 4 sudu besar lobak merah (dicincang halus)
• 1/2 cawan sayur bayam (direbus)
• 10 helai daun selasih
• 1 sudu kecil garam
• 2 tangkai daun bawang (dihiris)

Cara penyediaan:
1. Oat dengan direndam dengan air panas. Pastikan oat itu pekat.
2. Masukkan tuna, jagung, lobak merah, bayam, daun selasih dan garam.
3. Masak di atas api sederhana selama lebih kurang 5 minit.
4. Masukkan bubur tuna ke dalam mangkuk.
5. Hiaskan dengan menggunakan daun bawang dan boleh hidangkan.

Selamat mencuba!