4 sajian viral guna produk Ayam Brand yang senang sangat nak buat dan tak renyah

MASIH berbaki lagi tujuh hari sebelum Syawal berakhir. Sudah tentunya ramai sibuk untuk menyediakan sajian enak rumah terbuka buat tetamu tersayang walaupun dah last minute.

Bagi mereka yang buntu untuk memilih menu, Ayam Brand menyediakan empat resipi viral yang boleh membantu menceriakan hari kalian.

Keenakan kulinari istimewa berasaskan santan yang dikongsikan jenama terkemuka di Malaysia dan Asia tersebut pasti meninggalkan momen membahagiakan.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, Ayam Brand memberikan alternatif buat pencinta makanan untuk menyediakan sajian dengan cepat dan mudah.

“Santan Ayam Brand diperah secara bersih daripada kelapa masak terpilih, kemudian dimeterai dalam pek tetra yang mudah menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT).

“Pelbagai pilihan ditawarkan sama ada Santan Klasik Ayam Brand, Santan Trim Ayam Brand (45 peratus kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand (hanya 5 peratus lemak),” kata jenama itu.

Iklan
Iklan

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, terdapat pilihan sihat iaitu Santan Organik Ayam Brand yang disahkan organik oleh pensijilan organik Kesatuan Eropah.

Apa yang lebih menarik, pek santan yang didatangkan dengan penutup kini boleh digunakan sehingga tiga hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

Berikut, empat resipi masakan yang dikongsikan tukang masak berpengalaman yang didatangkan khas dari dapur Ayam Ayam Brand:

1. Rendang Ayam oleh Fara

Rendang Ayam merupakan menu wajib dan mesti ada dalam kebanyakan rumah di Malaysia semasa musim perayaan.

Resipi viral ini dapat menjimatkan masa untuk membuat rendang melalui teknik pintar, namun mengekalkan rasa asli rendang yang terbaik.

“Rendang ayam adalah hidangan istimewa saya. Selama bertahun-tahun, saya telah bereksperimen dengan banyak teknik dan olahan untuk menjimatkan masa tetapi masih dapat mengekalkan rasa rendang yang kaya dengan santan ini.

“Menggunakan Santan Klasik Ayam Brand adalah salah satu caranya kerana ia dapat menjimatkan masa yang dihabiskan untuk menyediakan santan pekat dan berkrim secara tradisional.

Baca juga 5 hidangan sahur Ayam Brand yang mudah disediakan, cepat, sihat, enak dan paling penting menjimatkan!

“Saya tahu setiap pek adalah bersamaan dengan sebiji kelapa menjadikannya begitu mudah untuk dimasukkan ke dalam mana-mana resipi,” kata Fara.

2. Roti Jala dengan Kari Ayam Rendah Lemak oleh Ayam Brand

Snek klasik untuk sesi minuman petang ini memang cepat dan mudah disediakan.

Malah, hidangan lebih sihat apabila menggunakan Santan Trim Ayam Brand yang hanya mengandungi 45 peratus lemak berbanding santan biasa.

Memang sesuai sebagai juadah mengenyangkan untuk jamuan Hari Raya dan paling penting, anda masih larat untuk menjamah menu lain.

3. Nona Manis oleh Wan Sakinah

Kuih tradisional kegemaran ramai, hidangan manis yang berwarna-warni dan menawan ini akan menceriakan mana-mana tempat letak kuih atau dulang hidangan.

“Nona Manis ini manis, sangat cantik dengan bau pandan dan pati santan. Jika dibuat dengan betul, anda boleh merasai kasih sayang dalam setiap gigitan.

“Oleh kerana kebanyakan kuih dan biskut kaya dengan santan, saya menggunakan Santan Trim Ayam Brand™ yang hanya mengandungi 45 peratus lemak untuk menambah rasa ringan sambil mengekalkan rasa,” jelas Wan Sakinah.

4. Bunga Khanom Chan oleh Rozita

Pencuci mulut Thai yang unik ini hanya memerlukan bahan yang sentiasa ada di dapur seperti santan, air, garam, gula dan jus bunga telang sebagai pewarna semula jadi.

Hanya dengan memanaskan dan mengukus selama 25 minit sebagai kaedah memasak, anda akan dapat menghasilkan pencuci mulut yang cantik dan lazat tanpa sebarang kerumitan dalam penyediaannya.

“Keluarga saya suka rasa kebaikan santan pencuci mulut Thai ini. Bunga Khanom Chan ialah juadah yang membuatkan semua tetamu kami bertanyakan resipinya.

Baca juga Bukan hanya untuk sarapan, ini resipi lain boleh dibuat dengan kacang panggang dalam tin. Memang menyelerakan!  

“Saya menggunakan Santan Super Light Ayam Brand™ kerana ia lebih ringan dan memberikan rasa yang lebih halus pada pencuci mulut ini. Cubalah sendiri, anda pasti menyukainya,” kata Rozita.

Semuanya nampak menyelerakan! Jadi, mana satu resipi viral yang menjadi pilihan kalian?

Nantikan juga pek nilai Santan Ayam Brand™ (3 X 200ML) yang boleh didapati pada harga RM8.55 di pasar raya berhampiran atau Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut atau mahu lebih banyak resipi unik, layari www.ayambrand.com.my.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

2 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

16 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

20 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

21 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

21 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

24 hours ago