DUA jenama terkenal tetapi berlatarbelakangkan industri berbeza. Satu daripada pengeluar motosikal berkuasa besar berasal dari Itali manakala satu lagi pengeluar blok mainan paling popular di dunia.

Inilah kerjasama unik yang diserlahkan oleh Ducati dan LEGO Technic.

Bersempena dengan pengenalan versi miniatur LEGO Ducati Panigale V4, pengeluar blok mainan itu telah menghasilkan versi 1:1 motosikal berkuasa besar dari Itali.

Dengan menggunakan kerangka dan enjin sebenar Ducati Panigale V4, setiap panel dan fairings motosikal tersebut telah dicabut dan digantikan dengan blok LEGO.

400 jam cantum blok LEGO, hasilkan Ducati Panigale V4

Dianggarkan sebanyak lebih 15,000 keping blok LEGO telah dipakai untuk menyiapkan motosikal unik tersebut.

Lebih menarik, tiada perisian komputer digunakan untuk menghasilkan reka bentuk jentera itu. Artis yang bertanggungjawap menyiapkan LEGO Ducati ini ialah Riccardo Zangelmi.

Apa yang hebatnya, beliau telah meluangkan masa lebih 400 jam mencantumkan blok LEGO dengan menggunakan tangan sahaja. Kesemua blok LEGO yang dicantum tidak menggunakan gam tetapi secara manual.

Paling mengujakan, motosikal Panigale V4 versi LEGO ini boleh ditunggang sepenuhnya tau…bukan hanya mampu dibuat tatapan umum sahaja. Amacam? wow tak?

Iklan

400 jam cantum blok LEGO, hasilkan Ducati Panigale V4

Sedikit info tambahan, Ducati Panigale V4 merupakan jentera yang dilengkapi dengan enjin Desmosedici Stradle R yang mampu menghasilkan 217 kuasa kuda dengan kapasiti enjin 1,000 cc.

Iklan

Motosikal ‘rare’ ini didapati mempunyai berat keseluruhan sebanyak 180 kilogram setelah ia siap dibina sepenuhnya.

Buat peminat Ducati, korang pasti teruja giler bila berpeluang jumpa jentera ini depan mata kan? Dah boleh la kumpul beli LEGO sikit-sikit. Cukup 15,000 keping dah boleh jadi Panigale V4 gais.