5 juadah tradisi negeri Selangor patut dicuba, terpilih destinasi gastronomi Malaysia

SELANGOR merupakan antara negeri yang kaya dengan budaya dan makanan yang pelbagai. Ini disebabkan oleh kehadiran pelbagai pendatang asing di bumi bertuah ini pada zaman dahulu.

Oleh itu, SinarPlus kongsikan hidangan yang popular di negeri ini yang telah menjadi tradisi
sejak turun-temurun.

1. Pecal

Pecal Sayur yang sangat lazat ini dikenali sebagai Salad Jawa tradisional terdiri
daripada sayur-sayuran berkhasiat, dihidangi dengan sos kacang yang kadang kala turut
disajikan dengan ketupat atau lontong.

Persediaan untuk membuat pecal ini sangat mudah dan boleh dicuba di rumah pada bila-bila masa.

Antara ramuan pentingnya seperti kacang tanah untuk menghasilkan kuah kacang, tauhu, taugeh, kacang hijau dan juga timun.

Iklan
Iklan

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Cubalah sekarang!

2. Nasi Ambeng

Di Selangor, ianya sudah menjadi tradisi untuk menghidang Nasi Ambeng dalam satu pinggan yang boleh dikongsi beramai-ramai di antara empat hingga ke lima orang.

Semasa menyiapkan menu Jawa-Melayu ini, anda tidak boleh melupakan ramuan utama seperti nasi putih, ayam, mee goreng, kacang panjang, sambal tempe dan daun pisang.

Di Selangor, Nasi Ambeng sering kali disediakan dan dihidangkan di majlis keramaian atau pun kenduri-kendara.

3. Sambal Taun

Dikenali sebagai sambal taun atau sambal tahun, hidangan ini terkenal di kalangan
rakyat Selangor mahupun Malaysia.

Makanan tradisional yang berasal dari Jawa ini kerap dimasak pedas dengan penggunaan cili yang banyak semasa penyediaannya.

Sering kali di Selangor, kulit lembu akan dijadikan sebagai protein utama sajian ini, akan tetapi ia boleh digantikan dengan kerang, paru lembu atau ikan bilis.

Bahan-bahan lain yang diperlukan pula adalah bawang merah, bawang putih, belacan, santan kelapa, minyak, asam jawa, gara dan gula. Turut terdapat beberapa golongan yang sering meyajikan hidangan ini semasa perayaan hari raya!

4. Wadai Kipeng

Dalam perkataan orang Banjar, ‘Wadai’ bermaksud kuih, sementara ‘Kipeng’ pula merujuk kepada potongan.

Sejak dulu lagi, ianya telah menjadi tradisi masyarakat Banjar untuk menyajikan orang ramai dengan wadai kipeng semasa majlis kesyukuran mereka.

Satu perkara yang perlu anda ketahui, ianya adalah sangat mustahil untuk menyediakan menu yang enak ini tanpa enam ramuan iaitu tepung beras, kelapa muda, gula melaka, gula pasir dan daun pandan.

5. Bahulu Kemboja

Bahulu Kemboja juga sebagai kuih tradisional kegemaran ‘orang lama’ yang masih popular sehingga kini.

Bahulu Kemboja boleh dihidangkan pada bila-bila masa yang anda suka, sama ada untuk sarapan mahupun semasa waktu minum petang.

Dengan mempunyai keistimewaannya tersendiri, kuih ini sering dijual di pasaran akan tetapi, untuk mencari keasliannya seperti hasil air tangan orang Selangor amatlah sukar untuk dicari.

Untuk mengekalkan keenakkan dan keunikannya, bahan terpenting yang anda perlukan adalah air pandan asli hasil tapisan daun pandan, tepung gandum, tepung beras, susu kelapa, telur, bijan dan sudah pasti, gula dan garam untuk perasa.

Dengan pelbagai pilihan makanan tradisional seperti yang dinyatakan tadi, maka tidak hairanlah Selangor terpilih sebagai pusat gastronomi di Malaysia.

Sama ada hidangan istimewa seperti lauk-pauk, ataupun kuih-muih yang enak, resipi tradisional seperti yang disertakan dalam senarai ini tentunya harus anda cuba sediakan.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Share
Meen

Biodata Penulis

Recent Posts

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

1 hour ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

2 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

3 hours ago

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

18 hours ago

Siti Nurhaliza penuhi impian rakan artis tunai umrah, bikin ramai sebak. ‘Terbaik, kongsi rezeki dengan sahabat’

YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad…

19 hours ago