5 Kafe instagrammable wajib kunjungi di Selangor. Mana satu jadi pilihan hati…

CUTI pada hujung minggu, pastinya ramai mahu bersenang-lenang di kafe yang selesa dan cantik sambil menikmati makanan lazat bersama keluarga tersayang mahupun teman rapat.

Lebih-lebih bagi mereka yang mempunyai hobi suka bergambar dengan outfit of the day (OOTD), sudah tentu akan memilih kafe unik untuk merakam momen tercantik untuk disimpan dalam media sosial.

Tak perlu pergi jauh-jauh lebih-lebih lagi ketika wabak Covid-19 masih mengganas ketika ini, Selangor ada memiliki hidden gems yang tidak kurang hebatnya dek kerana memiliki dekorasi yang cantik.

Nah! Bagi instagrammble yang masih mencari-cari port santai dan cantik untuk mengemas kini koleksi gambar di dalam media sosial, ada lima kafe unik yang dicadangkan Tourism Selangor untuk diterjah.

Tak jauh pun kalau mahu drive ke sana 😉

KAFE LA FLEUR X UNIQORN

Diakui, daerah Petaling memang terkenal dengan kafe yang hipster dan unik. Antaranya adalah Kafe La Fleur x Uniqorn yang bertemakan “Unicorn”. Bagi peminat rona merah jambu, inilah tempat wajib dikunjungi.

Iklan
Iklan

Selain dihiasi warna pink, patung-patung unicorn yang sangat comel menjadi hiasan dekorasi yang menceriakan sesuai dengan nama kafe ini, Uniqorn yang membawa maksud makanan dihiasa tema unicorn seperti wafel, ais krim dan pancake.

Nama “La Fleur” pula merujuk kepada minuman panas seperti kopi, coklat panas dan lain-lain yang menjadi sajian signatur kafe hispter ini. Jom apa lagi? Dekat saja di Sunway Geo Avenue, Subang Jaya.

  • Alamat: Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, Subang Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
  • Facebook: La Fleur Café
  • Instagram: @lafleur.coffee

KAFE JIBBY & CO

Sekali pandang, seperti rumah kaca dengan dekorasi tingkap kaca yang luas tetapi sebenarnya, kafe ini cukup cantik dengan konsep minimalis ditambah suasana sangat estetik.

Susunan lampu-lampu yang digantung cantik di siling, tanaman pasu berwarna-warni dan tingkap besar ditembusi dengan cahaya semula jadi menjadikan kafe ini sungguh menawan untuk dirakam.

  • Alamat: Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, Ss 16, Subang Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Facebook: Jibby Group
  • Instagram: @jibbygroup

KAFE KUEH

Namanya pun sudah cukup tradisional. Bagi yang belum pernah singgah, kafe yang menyediakan makanan tradisi Melayu ini ada menyediakan hampir 40 jenis kuih-muih yang mungkin belum pernah dirasai.

Kafe ini terdiri daripada dua bahagian iaitu di luar dan juga di dalam berserta dengan penghawa-dingin yang selesa dihiasi dengan lukisan mural pada dinding untuk mengambil gambar.

Bukan itu sahaja, terdapat juga menu lain seperti laksam, nasi lemak, nasi hujan panas, lempeng, pelbagai jenis minuman dan banyak lagi.

  • Alamat: No 6, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 8 malam
  • Facebook: KUEH
  • Instagram: @kueh13

KAFE LE GARDENZ

Kafe empat tingkat yang terletak di Seri Kembangan, Selangor ini mempunyai tema tersendiri berkonsepkan kontena yang moden, corak dinding yang menarik dan penuh kehijauan.

Dibuka sejak tahun 2014 lagi, kafe hipster yang menyajikan pelbagai menu fusion

ini mampu membuatkan pengunjung lebih rileks dek kerana suasana hijau mendamaikan.

Bukan sahaja dibuka untuk operasi harian, bahkan menjadi pilihan untuk mereka yang mahu meraikan hari istimewa seperti sambutan hari jadi bersama insan tersayang.

  • Alamat: Jalan Kpb 5, Kawasan Perindustrian Balakong, Seri Kembangan, Selangor
  • Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 10 malam
  • Facebook: Le Gardenz Cafe
  • Instagram: @legardenz

THE PICNIC TABLE BY SIMPLY SANDWICHES

Opsyen untuk berkelah ketika wabak Covid-19 ini mungkin menjadi masalah buat mereka yang ingin berlibur di tempat awam dek perintah kawalan pergerakan yang semakin diperketatkan.

Pun begitu, Kafe The Picnic ini ada penyelesaiannya apabila bertemakan suasana berkelah di dalam bangunan tanpa perlu risau perubahan cuaca mahupun kontak sosial.

Kafe ini dihiasi karpet rumput yang selesa kerana pengunjung boleh duduk di lantai sambil menikmati makanan, meja-meja kayu, tempat khas jamming session dan banyak lagi.

Tidak kurang juga seleksi menu yang cukup menyelerakan seperti sandwich ayam bakar keju, kek lapis, kek slice dan pelbagai minuman.

  • Alamat: 62A-G, The Strand, Kota Damansara The Strand, 21, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
  • Facebook: Simply Sandwiches
  • Instagram: @SimplySandwiches

Pada Sabtu minggu depan, SinarPlus ada kongsi lagi 5 kafe hipster yang best untuk dikunjungi lagi. Tunggu ya…

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

4 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

5 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

6 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

8 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

10 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

11 hours ago