PERCUTIAN bajet dengan kos serendah RM28 sehari! Macam tak percaya jer tawaran harga semurah itu untuk pilihan destinasi antarabangsa.

Lagi mengujakan, senarai destinasi liburan yang dicadangkan Budget Your Trip mempunyai tempat tumpuan menarik yang pasti buat kalian rasa wow dan jatuh cinta.

Tak dinafikan, situasi ringgit yang masih lemah dan tak menentu sekarang ini membuatkan kita lebih berkira-kira untuk melancong ke luar negara.

Jadi, kalau dapat bercuti dengan kos lebih menjimatkan bersama bestie atau insan tersayang. Mesti peluang keemasan itu tak akan dilepaskan begitu saja, kan?

Berikut 6 negara dunia ketiga yang disyorkan untuk anda rancang dan booking flight lebih awal:

percutian bajet

1. Myanmar
– Antara negara yang kaya dengan budaya tersendiri dan lokasi pelancongan yang mempesonakan.
– Tempat tumpuan yang dicadangkan seperti Bagan, Tasik Inle, Shwedagon Pagoda, Istana Mandalay dan Pantai Ngapali.

percutian bajet– Lagi best, terdapat port paling heaven untuk shopping kain ela dan pelbagai produk tekstil.
– Bajet diperlukan hanya RM196 hingga RM257 sehari dan tempoh masa terbaik untuk ke sana adalah pada November hingga Februari.

percutian bajet

2. Vietnam
– Terkenal dengan jolokan syurga makanan dan shopping.
– Antara tempat wajib singgah jika berkunjung ke Vietnam seperti Hanoi, Sapa, Da Nang, Ho Chi Minh City dan Mekong Delta.

percutian bajet– Mekong Delta misalnya menawarkan keindahan Sungai Mekong yang kaya dengan perkampungan kraftangan, pasar terapung dan projek agropelancongan.
– Kalian boleh bajet antara RM107 hingga RM289 untuk sehari.

3. Laos
– Antara negara selamat untuk dikunjungi dengan kos paling rendah.
– Tak rugi melancong ke Laos kerana terdapat banyak lokasi menarik yang terkenal dengan budaya dan alam semula jadi yang cantik.

percutian bajet– Bajet kos sehari dianggarkan RM28 hingga RM70 bergantung kepada tempat penginapan dan makanan yang kalian pilih.
– Cadangan waktu bercuti ialah November hingga Februari kerana cuaca dijangkakan masih sejuk.

percutian bajet

4. Thailand
– Antara pilihan negara kegemaran rakyat Malaysia yang suka shopping dan mencari street food pada harga berbaloi.
– Selain Bangkok, Hat Yai, Krabi dan Phuket, ada banyak lagi tempat yang boleh kalian terokai seperti Chiang Mai, Koh Lanta, Koh Chang, Ayutthaya dan Sukhothai.

Baca juga Trip ke Hat Yai Thailand dengan bajet bawah RM100, lelaki ini kongsi 8 pilihan hotel murah & mampu milikpercutian bajetpercutian bajet– Kalau merancang bercuti ke sana, peruntukan sekurang-kurangnya RM140 hingga RM392 sehari. Murah juga, kan?

5. Kemboja
– Populariti Angkor Wat yang menjadi antara kuil tertua di dunia sehingga diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjadikan nama Kemboja gah di seluruh dunia.

percutian bajet

Baca juga Destinasi percutian penuh fantasi, The Wheel Estate Campsite yang berkonsepkan angkasa lepas idea curi perhatian ramai

– Selain itu, banyak lagi tempah yang boleh disinggahi seperti Phnom Penh yang penuh kesan bersejarah, perkampungan terapung di Tasik Tonle Sap dan keretapi buluh di Battambang.
– Untuk sehari, anda boleh belanjakan RM98 hingga RM289 jer.

Iklan

percutian bajet

6. Indonesia
– Terakhir sekali, sudah tentunya negara jiran kita yang hanya dipisahkan dengan Selat Melaka.
– Indonesia memang terkenal sebagai destinasi percutian bajet dengan tawaran tempat mempesonakan.

percutian bajet– Selain kota Jakarta dan Bali, sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh kalian pergi.
– Antaranya Yogyakarta, Malang, Bukittinggi, Lombok dan Banyuwangi.
– Bajet yang diperlukan kira-kira RM103 hingga RM280 sehari dan waktu terbaik untuk bercuti di sana adalah sepanjang Mei hingga September.

percutian bajet

Selain enam negara yang dikongsikan di atas, sebenarnya terdapat lagi lima destinasi yang boleh anda usha jika berminat.

Kalau mahu terbang lebih jauh, pilihan negara yang boleh dimasukkan dalam wish list seperti Nepal, India, Poland, Romania dan Bulgaria.

Iklan

percutian bajet

Lagi satu, jangan lupa grab tawaran hebat Malaysia Airlines dan Firefly untuk tiket penerbangan lebih berbaloi.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang