KEBIMBANGAN terhadap pandemik dan penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, meningkatkan permintaan terhadap produk penjagaan berkaitan.

Justeru, peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, Earth Corporation Jepun (EC) tidak ketinggalan memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia.

Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC, Nobuhito Hosaka berkata, sebagai permulaan pihaknya memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia.

“Kebanyakan produk ini terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk EC dipasarkan. Salah satu yang terunggul adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99 peratus bakteria, virus dan menghalau tungau.

“Produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat. Harganya juga berpatutan. Kami yakin produk ini akan disambut baik di Malaysia,“ katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

EC yang ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.

Enam produknya yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza. Antaranya adalah:

1. Penyembur Fabrik NATUCAIR

Terdapat dalam tiga varian – Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM12.90

2. Gel Penyegar Udara danPenghalau Nyamuk NATUCAIR

Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.

RRP: RM13.90

3. ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach

Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun. Ia direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam.

RRP: RM5.60

Iklan

4. Umpan Lipas Semula Jadi ARS White Cap

Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.

RRP: RM11.90

5. Perangkap Tikus Bergam ARS

Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil)

Iklan

RRP: RM10.90

6. Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH

Ringkas, mudah digunakan. Mempunyai muncung pemicu jet membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia menghilangkan bakteria dan menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.

RRP: RM24.90

PENULIS: Azimah Binti Ghazali