TAK lama lagi, kita akan menyambut bulan yang penuh nikmat dan barakah iaitu Ramadan.

Bermulalah kita membuat perancangan menu-menu terbaik sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.

Tak lupa juga hidangan untuk bersahur. Pemakanan ketika sahur juga penting untuk memastikan kita sentiasa kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

Bagi ibu-ibu yang sibuk tidak dapat memasak aneka jenis masakan, boleh mencuba tujuh resipi ayam perap yang mudah ini.

Menu ini sangat sesuai untuk bersahur, tak payah kelam kabut bangun awal masak macam-macam.

Selain ia sesuai untuk yang mengamalkan diet, menu ini juga cepat dan mudah untuk disediakan.

Hanya ambil masa pada hari hujung minggu untuk siapkan bahan perapannya kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk beku.

Apabila tiba masa nak makan terus grill sahaja atas pan atau masukkan ke dalam oven. Sekejap sahaja siap.

Selain itu, ada banyak cara penyediaannya yang boleh kita hidangkan supaya nampak meriah dan menyelerakan.

Jom kita cuba sama-sama resipi perapan ayam yang sedap dan berkhasiat ni. Ini resipi perapan ayam yang simple dan menarik perkongsian Fafae Mimie.

1. Ayam sate

Bahan-bahan;

  • Bawang putih
  • Halia
  • Serbuk cendawan (saya guna sebagai pengganti kiub ayam dan serbuk perasa)
  • Gula kabung / gula Stevia (yang tak ada boleh tukarkan dengan gula merah/gula biasa)
  • Serbuk kunyit
  • Jintan
  • Ketumbar
  • Sedikit garam

2. Ayam cili kering

Bahan-bahan;

  • Bawang putih
  • Halia
  • Serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam atau kiub lain-lain)
  • Cili kering potong
  • Sos cili
  • Sos tiram

3. Ayam Berempah

Bahan-bahan;

  • Bawang putih
  • Halia
  • Serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • Rempah kari
  • Serbuk jintan
  • Cili kisar
  • Sedikit garam

4. Ayam nasi ayam

Bahan-bahan;

  • Bawang putih
  • Halia
  • Serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • Minyak bijan
  • Sedikit garam
  • Kicap manis

ayam perap

5. Ayam hainan

Iklan

Bahan-bahan;

  • Bawang putih
  • Halia
  • Serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • Minyak bijan
  • Sedikit garam

6. Ayam ‘black pepper’

Bahan-bahan;

  • Bawang putih
  • Halia
  • Serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • Lada hitam kisar
  • Sedikit garam

Cuba juga Wadai kipeng, menu tradisi orang Banjar

7. Ayam ‘mix herbs’

Bahan-bahan;

Iklan
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • Mixed herbs
  • Cajun

Cara membuatnya;

1. Bawang perlu dikisar kering terlebih dahulu sebelum dicampur bersama bahan lain.

2. Apabila dicampur bahan mengikut resipi perapan, campur bersama ayam mengikut cita rasa dan dibiarkan ia mesra seketika dalam 30 minit.

3. Bolehlah disimpan dalam peti sejuk beku.

4. Ayam yang diperap boleh dimasak ikut cita rasa korang dan boleh ditambah pelbagai sayuran dan ulam kegemaran.

Semoga bermanfaat!