MENANAM pokok ternyata boleh menjadikan mood seseorang itu menjadi lebih positif. Hal ini kerana ‘interaksi’ antara manusia dan tumbuh-tumbuhan dapat mengalirkan aura positif dan badan kita akan menjadi lebih sihat.

Pokok bukan sahaja boleh diletakkan di luar rumah, malah terdapat beberapa jenis tumbuhan yang sesuai juga untuk diletakkan di dalam rumah.

Pokok hidup dalam rumah bukan hanya sebagai hiasan dalaman rumah namun mampu mengurangkan karbon dioksida dan habuk. Dan sesetengah pokok hidup mampu meningkatkan kualiti tidur.

Untuk anda yang selalu susah sangat nak tidur dengan lena, apa kata anda cuba letakkan salah satu daripada antara lapan jenis pokok ini di dalam bilik. Mesti tenang sahaja tidur pada waktu malam.

1. Areca Palm

Bunga

Areca palm mampu membersihkan udara dalam bilik tidur dan mampu meningkatkan kelembapan dalam udara dan memberi kesan supaya mudah bernafas. Menurut penulisan artikel ‘Joy Of Plants’, areca palm sangat bagus untuk yang kerap selsema, bersin dan sinus.

2. Aloe vera

Bunga

Menurut dalam kajian NASA, Aloe vera antara pokok yang banyak membebaskan oksigen pada waktu malam. Lebih tinggi oksigen dalam udara mampu meningkatkan kualiti tidur. Paling penting, pokok aloe vera sangat mudah dijaga.

3. Ivy plant

Bunga

Satu kajian yang dibuat oleh American College of Allergy, Asthma dan Immunology mendapati pokok ivy mampu menyingkirkan kotoran dalam udara sebanyak 94% dan mampu menyingkirkan kulat bawaan udara sebanyak 78% dalam tempoh hanya 12 jam. Sangat bagus untuk individu yang kerap bersin di waktu malam sehingga mengganggu tahap kualiti tidur.

4. Gerbera Daisy

Bunga

Gerbera bukan hanya mampu membersihkan udara namun menaikkan seri bilik. Warna-warni gerbera daisy mampu tingkatkan emosi yang positif dalam diri. Emosi yang positif sebelum tidur memberi kepuasan ketika tidur.

5. Jasmine

Bunga

Jasmine bukan hanya mampu memberi haruman yang wangi. Namun menurut ‘Psychologist di Wheeling Jesuit University’, bau haruman jasmine meningkat tahap kualiti tidur.

Iklan

6. Lavender

Bunga

Sukar untuk tidur, bergolek kiri kanan namun masih belum mampu tidur. Haruman lavender sangat membantu kerana haruman lavender merupakan agen penenang kepada otak. Lebih tenang, maka lebih mudah untuk tertidur.

7. Snake Plant

Bunga

Pokok hidup yang paling popular bukan hanya kerana mudah dijaga namun kerana kebaikan yang diberi pada manusia. Menurut buku Houseplant yang ditulis oleh Steinkopf, snake plant bukan hanya membebaskan oksigen tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida dan menapis toksin beracuna dalam udara seperti formaldehyde, trichloroethylene dan benzene.

Iklan

8. Peace Lily

Bunga

Pokok bunga lily bukan hanya membersihkan udara, namun mampu menyingkirkan toksin dan meningkatkan kelembapan udara. Sangat bagus untuk yang menghadapi kesukaran bernafas, kerap selsema, bersin dan sinus.

Habis PKPB ni kita boleh serbu kedai nursery nak dapatkan koleksi bunga ini. Ingat tidur yang lena amat penting untuk tubuh badan yang sihat.

Semoga bermanfaat

Sumber: Huda Zainal
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif