CABUTAN gigi merujuk kepada exodontia, suatu prosedur pengeluaran atau pembuangan gigi daripada tulang rahang.

Kata Dr Azila Mohd Kasim, mencabut gigi susu anak berbeza dengan mencabut gigi kekal.

Gigi anak yang sudah sangat goyang sebenarnya dapat dicabut sendiri.

“Anda tak perlu terburu-buru mencabutnya, kecuali gigi kekal sudah terlihat muncul di permukaan atau gigi susu sudah sangat goyang.

“Cabutan gigi dapat dilakukan di rumah. Namun, harus dalam keadaan bersih dan steril,” ujarnya.

Umumnya terdapat dua kategori jenis anak yang mengalami gigi goyang, menurut American Dental Association iaitu:

i) Anak yang ingin segera giginya dicabut dan perlukan bantuan anda.

ii) Anak yang sama sekali tidak ingin anda menyentuh giginya.

Iklan

Pencabutan gigi di rumah hanya boleh dilakukan pada kategori anak pertama.

“Tapi hindari melakukan pencabutan ketika akar gigi susu masih kuat. Ini akan membuat akar gigi susu patah dan tertinggal, juga menimbulkan rasa sakit,” pesannya.

Iklan
Panduan mudah buat ibu bapa yang ingin membantu prosedur mencabut gigi anak di rumah:
  1. Sebelum mencabut gigi anak di rumah, pastikan anak anda memang ingin giginya dicabut. Jika sudah yakin, cucilah tangan anda dan tangan anak dengan air dan sabun.
  2. Kemudian, minta anak untuk menggoyang-goyangkan gigi yang sudah goyang sama ada dengan jari atau lidah.
  3. Jika anak tidak merasa sakit, gigi sedia untuk dicabut. Beri sokongan kepada anak untuk melakukan cabutannya sendiri.
  4. Lilitkan gigi anak dengan benang bersih, pastikan anak memegang gigi kuat-kuat.
  5. Beri kesempatan kepada anak untuk menarik giginya agar dirinya dapat mengawal seberapa besar rasa sakit yang mampu dia terima.
  6. Ingatkan untuk menarik gigi dengan gerakan memutar supaya gigi tercabut.
  7. Setelah gigi tercabut, letakkan kapas atau gauze pada bekas pencabutan lalu ditekan untuk menggigit gauze untuk menghentikan perdarahan.
  8. Beritahu anak adalah normal bila mengalami sedikit perdarahan.
  9. Kemudian, anda boleh memberi ais batu untuk mengurangi rasa sakit dan membantu menghentikan perdarahan.

“Gauze steril yang sejuk juga dapat mengurangi ketidakselesaan yang terjadi. Tidak perlu dengan benang dan pintu kerana ia akan menambah rasa trauma,” beritahu berliau.

Apa-apapun, jika masih ragu-ragu untuk melakukannya sendiri di rumah, dapatkan bantuan daripada pakar dan doktor gigi anda. Moga bermanfaat.