MESKIPUN negara berada pada fasa endemik, memakai pelitup muka dalam persekitaran sosial adalah cara paling selamat untuk melindungi diri dan orang lain daripada virus Covid-19.

Susulan daripada situasi itu, Ketua Pegawai Eksekutif MEDICOS Malaysia, William Wong MEDICOS berkata, pihaknya telah mengambil langkah ke hadapan.

Baru-baru ini, jenama berkenaan memperkenalkan pelitup muka pembedahan HydroCharge baharu yang direka dengan material empat lapis hingga 50 peratus lebih telap udara.

HydroCharge merupakan teknologi tercanggih MEDICOS setakat ini yang berfungsi membenamkan cas elektrostatik pada penapis submicron melalui kaedah cas air yang unik dan memberikan keupayaan sehingga tiga kali lebih tinggi untuk memerangkap zarah berbahaya berbanding pelitup muka biasa.

Baca juga Pelitup muka 'non medical' wajib penandaan MS SIRIM mulai 4 Julai ini

“Alatan keselamatan ini juga bertaraf American Society for Testing and Materials tahap 2 dan telah diuji oleh Nelson Lab, Amerika Syarikat. Ia memberi lebih 98 peratus kecekapan penapisan terhadap bakteria dan virus,” katanya.

Iklan

Memiliki pelbagai saiz termasuk untuk mereka yang berhijab, pelitup muka itu dijual pada harga RM30 untuk 50 keping dengan empat pilihan warna iaitu hitam, biru, hijau dan merah jambu.

Pembelian boleh dilakukan menerusi kedai rasmi MEDICOS di platform Shopee dan Lazada.

Iklan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI