KEPADA peminat The Coffee Bean & Tea Leaf, singgah ke premis berkenaan menjadi lebih bermakna apabila jenama itu memperkenalkan menu terbaharu yang menjanjikan kepuasan.

Antaranya ialah dua minuman baharu iaitu Midnight Cookies & Cream Ice Blended dan Pure Midnight Cookies & Cream Ice Blended.

Pelanggan juga boleh memilih perisa kegemaran seperti Vanilla Cookies & Cream Ice Blended, Pure Vanilla Cookies & Cream Ice Blended, Mocha Cookies & Cream Ice Blended dan Pure Chocolate Cookies & Cream Ice Blended.

Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia, Fiona Rodrigues berkata, minuman itu kemudian boleh digandingkan dengan The OG Bagel yang dibakar bersama bawang putih dan bawang merah.

“Selain itu, kepada yang suka makan pedas, terdapat Sambal Bilis Bagel yang disediakan khas. Semua sajian itu sesuai untuk dinikmati ketika makan tengah hari,“ katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Serentak dengan itu, Coffee Bean turut menyediakan Yuzu Apple Cake yang dihiasi dengan buah-buahan segar dan bunga-bungaan yang cantik. Yuzu Apple Cake dijual pada harga RM13.95 sepotong dan RM139.90 untuk sebiji kek.

Iklan

PENULIS: MAZLINA ABDUL MAJID