MEMASAK sememangnya aktiviti yang menyeronokkan terutama buat golongan yang gemar melakukan aktiviti itu sama ada sebagai hobi atau memenuhi masa lapang.

Pastinya ramai yang mengikuti perkongsian cef dan jurumasak yang hebat bagi mendapatkan idea bagi menghasilkan juadah masakan sendiri yang hebat. Yalah… jika memasak menu yang sama setiap hari pasti membosankan.

Jika ketandusan idea, bolehlah menilik perkongsian Airbnb yang hanya boleh ditonton dari hujung jari ini.

Airbnb baru-baru ini telah mengumumkan koleksi terpilih baharu Pengalaman Memasak Dalam Talian yang dikendalikan beberapa cef yang Michelin dan terkenal di dunia.

Koleksi Pengalaman Memasak baharu ini membolehkan peserta mempelajari resipi dan teknik unik daripada cef berpenarafan tinggi. Penonton berpeluang mendapat panduan untuk menyediakan hidangan yang luar biasa di dapur anda sendiri.

Koleksi ini meraikan kepelbagaian rasa di seluruh Asia Tenggara dengan cef berbintang Michelin, dikendalikan oleh Cef Malcolm Lee dari Candlenut, restoran Peranakan berbintang Michelin yang pertama di dunia.

Bagi warga Malaysia yang ingin mendalami warisan Peranakan atau mempelajari cara menyediakan hidangan baharu, Pengalaman Dalam Talian Chef Malcolm turut memperkenalkan sebuah resipi keluarga yang turun-temurun.

Cef Malcolm Lee berkata, sebagai cef, beliau sangat berminat untuk berhubung dengan orang lain melalui makanan.

“Saya gembira kerana berpeluang berkongsi minat saya dengan khalayak global melalui Pengalaman Dalam Talian Airbnb.

“Saya tidak sabar untuk memberi peluang kepada tetamu dari seluruh dunia untuk meneroka dan mengetahui lebih lanjut tentang masakan Peranakan dalam keselesaan rumah mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Malcolm Lee menyertai cef pemenang anugerah lain di seluruh dunia yang menawarkan koleksi Pengalaman Memasak Dalam Talian yang baru.

Itu termasuk David Chang (Kumpulan Restoran Momofuku), Marc Favier (Marcore di Paris, Perancis), Christina Bowerman (dari Glass Hostaria di Rom, Itali) dan ramai lagi, yang bersedia untuk memberikan penerangan ringkas tentang resipi dan teknik unik mereka dengan para tetamu.

Koleksi Pengalaman Memasak Dalam Talian global juga menampilkan pelbagai pengalaman kulinari yang dikendalikan oleh Take A Chef.

Iklan

Menghubungkan cef terbaik

Pengarah (Asia Pasifik), Pengalaman Airbnb, Parin Mehta berkata, pengalaman Dalam Talian Airbnb telah berkembang dengan pantas menjadi salah satu cara kegemaran tetamunya untuk ‘mengembara ke seluruh dunia’ secara maya.

“Dengan pelancaran Pengalaman Memasak Dalam Talian, kami tidak hanya berharap untuk menghubungkan cef terbaik dengan komuniti tetamu global kami, tetapi juga untuk mempamerkan budaya masakan yang terunggul kepada dunia.

“Ini juga sambil menyokong pemulihan pelancongan di seluruh dunia selepas Covid-19,” katanya.

Kini tetamu boleh mendapat akses unik kepada cef berbintang Michelin dan berpenarafan tinggi dari dapur mereka sendiri. Pengalaman Dalam Talian lain termasuk:

Iklan

Tetamu boleh melihat senarai penuh Pengalaman Memasak Dalam Talian yang dikendalikan oleh cef pemenang anugerah dan menempah di sini.

Untuk mereka yang berminat untuk menganjurkan Pengalaman Dalam Talian, klik di sini.