PENJAGAAN dan kesihatan miss V merupakan antara perkara penting dalam aspek kesihatan keseluruhan bagi seseorang individu wanita.

Dalam aspek penjagaan, masalah miss V longgar juga biasa terjadi kepada kebanyakkan wanita.

Berbeza dengan pendapat popular kebanyakkan orang, miss V yang longgar sebenarnya tidak ada kaitan dengan hubungan seks.

Dalam erti kata lain, kerap melakukan hubungan seks tidak akan mempengaruhi kelonggaran dan bentuk miss V anda.

Miss V yang longgar (faraj yang telah hilang keanjalannya) boleh disebabkan oleh beberapa perkara sebagai contoh, melahirkan anak, menopaus, atau disebabkan proses penuaan semula jadi badan.

Oleh itu, ini adalah cara-cara bagaimana untuk mengetatkan miss V anda tanpa perlu rawatan pembedahan oleh doktor.

Diet Semula Jadi

Ramai yang mungkin terkejut namun perkara ini adalah benar; diet yang berteraskan makanan semula jadi mampu mengetatkan miss V anda.

Dengan intervensi nutrisi seperti diet yang seimbang, air putih yang mencukupi, buah-buahan sayur-sayuran, anda boleh menguatkan lagi otot lantai pelvis anda, memandangkan proses membaikpulih dan mengekalkan keanjalan ini memerlukan banyak nutrisi dan vitamin.

Anda perlu menstrukturkan diet anda dengan menambah makanan yang mengandungi sumber estrogen asli seperti halba, biji bijan, delima, kacang soya dan produk berasaskannya, lobak, beri dan epal.

Tambahan lagi, selain sayur-sayuran dan buah-buahan, masukkan sekali bijirin tulen organik dan juga protein binatang tulen untuk membentuk diet yang sihat.

Artikel berkaitan: Awas penyakit hati sukar dikesan, kawal pengambilan gula

Senaman Kegel

Senaman Kegel telah terbukti sangat berkesan untuk membantu mengetatkan miss V anda.

Langkah pertama dalam senaman ini adalah mengenalpasti otot yang betul.

Ketika anda sudah separuh jalan dalam proses membuang air kecil, cuba untuk tahan air kencing tersebut menggunakan otot pelvis yang betul.

Selepas anda habis membuang air kecil dan kosongkan pundi kencing, baring atas belakang anda dan kecutkan otot tadi untuk menghasilkan kontraksi.

Kekal dalam posisi ini untuk beberapa saat dan ulangi semula untuk beberapa kali bagi mendapatkan keputusan yang positif.

Sentiasa ingat bahawa senaman ini hanya berkesan jika anda memfokuskan sepenuhnya pada otot lantai pelvis.

Iklan

Dalam erti kata lain, elakkan daripada mengecutkan abdomen, bontot atau paha anda pada masa yang sama.

Mencangkung

Selain senaman Kegel, anda boleh juga mencuba senaman mencangkung.

Ianya sangat lazim dilakukan masa kini, demi mendapatkan badan yang mantap namun, anda perlu berikan perhatian kepada teknik yang betul kerana majoriti melakukannya dengan cara yang salah.

Berdiri sambil kedua-dua kaki terkeluar sedikit daripada lebar pinggang, sambil kedua-dua ibu jari kaki sekitar 30 darjah dan kekalkan imbangan anda.

Letakkan posisi badan seolah-olah anda sedang duduk di atas bangku, kemudian berdiri semula atas ibu jari kaki anda.

Iklan

Ulang semula pergerakan ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan keputusan yang cepat.

Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda sedang melakukannya dengan cara yang betul, anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat jurulatih peribadi untuk memberi bantuan dan nasihat.

Sebelum anda terus berjumpa dengan doktor atau berunding untuk melakukan pembedahan, cuba rawatan di rumah dan senaman-senaman di atas.

Anda mungkin akan terkejut betapa berkesannya langkah-langkah yang dinyatakan dalam artikel ini.

Sumber: Hellodoktor