Amalan yoga kurangkan risiko jangkitan Covid-19?

Amalan yoga dapat tingkatkan keimunan kurangkan risiko jangkitan Covid-19
Amalan yoga dapat tingkatkan keimunan kurangkan risiko jangkitan Covid-19
A
A
A

SEMUA lapisan masyarakat digalakkan melakukan latihan pernafasan berasaskan yoga untuk memastikan sistem pernafasan yang baik dan membantu mengurangkan risiko dijangkiti virus dan bakteria pasca-Covid-19.

Sempena Hari Yoga Antarabangsa (IDY) edisi keenam, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mridul Kumar berkata, latihan pernafasan bermanfaat untuk membantu meningkatkan keimunan seseorang pada masa yang mencabar ini.

"Amalan tradisi itu boleh menjadi peneman yang dipercayai untuk membantu melindungi diri kita," katanya.

Seperti di Singapura, pesakit yang sudah pulih daripada jangkitan Covid-19 disyorkan melakukan senaman ringan.

Memetik laporan yang diterbitkan oleh media Singapura, berita.mediacorp.sg, dua pakar perubatan menjelaskan bahawa ini adalah untuk mencegah pembekuan darah di dalam tubuh individu yang dijangkiti Covid-19 walaupun pesakit sudah disahkan sembuh.

Keadaan membawa maut itu menarik perhatian umum baru-baru ini apabila seorang pekerja asing berusia 41 tahun dari China yang dianggap sudah pulih dari Covid-19, dilaporkan meninggal dunia.

Pesakit malang tersebut didapati tidak bergerak di kabinnya di atas sebuah kapal pesiaran yang mana dia ditempatkan untuk sementara setelah dibenarkan pulang.

Namun sedang para doktor dan saintis terus mengkaji dengan teliti mengenai ciri-ciri virus pendemik Covid-19 ini, para doktor mengatakan senaman ringan mungkin satu-satunya cara untuk membantu mengurangkan risiko dan salah satu darinya adalah dengan mengamalkan yoga.

Jangan memaksa diri dengan melakukan senaman berat atau ke tahap maksimum kerana ini boleh memudaratkan. Mula dengan senaman ringan, dengan perlahan. Itulah mantra yang seharusnya kita semua pegang.

Walaupun yoga mempunyai potensi untuk memberikan manfaat kesihatan untuk hampir semua orang, korang juga harus selalu berjumpa dengan doktor sebelum memulakan rutin senaman baru.

Mereka yang mempunyai syarat berikut perlu berunding dengan doktor mereka sebelum memulakan amalan yoga:

  • Tekanan darah tinggi yang sukar dikawal
  • Risiko pembekuan darah
  • Keadaan mata, termasuk glaukoma
  • Osteoporosis

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca