Ambil langkah sewajarnya jika dibuli di tempat kerja. Kesihatan mental adalah keutamaan

A
A
A

BULI di tempat kerja boleh menjejaskan produktiviti seseorang.

Jika dahulu kita menganggap kejadian buli hanya berlaku di sekolah namun ia sebenarnya sudah merebak dalam kalangan golongan profesional.

Situasi tersebut akan memberikan kesan negatif seperti ketakutan dan tekanan emosi kepada mangsa.

Public Health Malaysia (PNM) melalui satu entri di Facebook berkata, walau di mana pun seseorang itu bekerja, rakan sekerja yang toksik, sabotaj dan cemburu sentiasa ada.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

“Jangan biarlah individu-individu toksik ini melemahkan aspirasi anda.

“Kesihatan mental adalah keutamaan, bercakap lebih baik dari memendam rasa sendirian,” katanya.

 

PNM menerusi entri tersebut menyenaraikan tanda penganiyaan di tempat kerja. Antaranya:

1. Orang lain ambil kredit atas hasil kerja keras anda.

2. Pekerja yang bagus tidak dihargai.

3. Ditukarkan atau dipindahkan tanpa sebab.

4. Beban kerja ditambah tanpa sebab.

5. Tersebar cerita rekaan dan fitnah.

6. Kenaikan gaji atau bonus dinafikan.

7. Kaki kipas dan kaki bodek bermaharajalela.

Baca juga: Kes buli sampai tahap membunuh! Ini 5 kejadian kejam yang buat netizen panas hati

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Dalam pada itu, portal kesihatan itu turut menggariskan langkah yang patut diambil pekerja yang menjadi mangsa. Antaranya:

1. Lakukan damage control - berjumpa dengan unit sumber manusia atau pegawai atasan untuk menceritakan situasi sebenar.

2. Simpan dan kumpulkan semua bukti- dokumen, email, screen capture dan rekod perbualan.

3. Kenali dan kenal pasti siapa rakan dan lawan yang sebenar dalam organisasi. Ketahui si talam dua muka dalam organisasi.

Baca juga: Hati terguris dibuli siber, Zarina Zarina terkedu Wikipedia anak OKU disunting dengan kata-kata penghinaan

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

4. Bercerita, meluahkan perasaan kepada individu yang anda percayai. Jika anda ada isu kepercayaan, berceritalah dengan orang di luar organisasi yang anda rapat. Contohnya ahli keluarga dan rakan rapat.

5. Anggap sebagai cabaran, lakukan tugas dengan lebih cemerlang. Biar si pelaku terjegil mata.

6. Jika berterusan dan tiada tanda positif, mungkin lebih baik pertimbangkan untuk berubah angin.

Baca juga: Hentikan buli, ambil peduli.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

SinarPlus bersetuju dengn PNM, situasi buli memang wujud di mana-mana.

Sekiranya anda adalah mangsa, kami cadangkan supaya ambil langkah sewajarnya dengan segera.

Kesihatan mental anda adalah lebih utama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca