HATI ibu mana yang tidak terguris hati, dibuli siber, pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan laman ensiklopedia yang tertera nama anaknya disunting dengan kata-kata penghinaan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas tanggungjawab untuk mengelolakan anak-anak istimewa dari segi mental dan fizikal.

Ibu kepada dua cahaya mata kembar Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) yang mengalami autisme itu meluahkan kekecewaan menerusi hantaran di Instagram, mendedahkan tangkap layar Wikipedia dengan penerangan yang melukakan hati.

 

Hantaran itu benar-benar melukakan perasaan Zarina, apatah lagi apabila Azal sendiri yang menemui dan membacanya.

Baca juga: ‘Kereta saya dah hilang kawalan..’, Zarina Zainuddin kongsi detik cemas tayar kereta pecah di lebuhraya

“Azal hantar pada saya, ibu ada orang tulis di wikipedia kata Azal gila ibu tengok ni.

“Saya yang baca jadi terkedu sekejap, saya peluk dia saya kata Azal tak gila Azil tak gila. Azal dan abang Azil anak istimewa,anak ibu😪😭😭😭.

“ALLAH ada .. biar orang kata apa ALLAH ada .. kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” titipnya.

Menerusi laman tersebut, Azal dan Azil yang berusia 26 tahun digambarkan sebagai berikut:

Rakan artis dan warga maya turut meluahkan rasa geram atas perbuatan pembuli siber terhadap Zarina dan memberikan kata-kata semangat.

-“This is horrible! Kak ina repost and cari orang yang buat ni sampai dapat! @zarinazainuddin_.” – @catrionabrianross

-“Segala info Wikipedia or Google kebanyakan salah! Tak sangka ini yang paling jahat! Kak Ina dan Azal sayang sabar tau. Semoga kita dapat pelaku sebenar.” –
@jozlynnhanania

-“ Anak syurga Allah. Be strong sister we love u.” @fashasandha

Iklan

-“ Allahuakbar.. kenapa ada yang sampai hati tulis begitu. Azal anak istimewa, anak syurga yang tiada dosa.”

-“ Ada orang sejahat ini. Apa maksud dan tujuannya. Azal dan abang Azil anak hebat , bersemangat dan biarkan orang jahat menikmati nerakanya.”

-“Allahuakbar, masya-ALLAH kenapa ada manusia yang sangat tidak menjaga adab ni? Yang menulis ini sebenarnya adalah gila bermasalah mental yang kronik. Azal Dan Azil adalah anak istimewa. Istimewa di sisi ALLAH, keluarga dan masyarakat.”

Menerusi tinjauan SinarPlus, laman ensiklopedia berkenaan telah disunting semula dan bakal dihapuskan.

Baca juga: “Saya risau Azil bangun tidur mesti dia ketuk pintu bilik saya,” – Zarina Zainuddin positif Covid-19

Iklan

Baca juga: Tak usah malu atau sedih jika dikurniakan anak autisme.- Irin Putri

Sumber: zarinazainuddin_

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.