BAYI dan kanak-kanak antara golongan yang mudah dijangkiti virus seperti batuk dan selesema.

Keadaan itu biasanya akan menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan mula meragam sepanjang masa.

Merujuk laporan di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), punca utama selesema dan batuk adalah disebabkan jangkitan virus pada saluran pernafasan di kawasan hidung, tekak dan laring.

SinarPlus yakin mesti ramai ibu bapa yang tercari-cari petua untuk menghilangkan batuk dan selsema pada bayi dan kanak-kanak kan?

Justeru, perkongsian Dr Amirul Amin yang kerap berkongsikan pelbagai artikel untuk bacaan masyarakat boleh dijadikan panduan. Berikut merupakan perinciannya:

PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

1. Steaming.
– Wapkan muka bayi bawah dua tahun. Boleh gunakan rice cooker yang ada di rumah. Halakan muka bayi ke permukaan wap.
– Cara itu dapat membantu melonggarkan kahak dalam paru-paru dan mencairkan hingus yang tersumbat dalam hidung.

2. Tepuk percussion.
– kaedah itu bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. Caranya dengan menepuk bahagian badan depan dan belakang menggunakan tapak tangan yang melengkung.

3. Penggunaan semburan hidung (sterimar).
– Salah satu benda wajib ada sekiranya mempunyai anak berusia di bawah tiga tahun. Sterimar ialah sejenis semburan air garam yang digunakan khusus untuk bayi yang menghidap selesema.
– Mereka tidak pandai untuk menghembus hingus dan adakalanya saluran hidung mereka tersumbat menyebabkan mereka tidak selesa untuk tidur.
– Apabila disembur menggunakan sterimar, secara automatiknya air garam itu akan menolak hingus masuk ke tekak dan ditelan. Hingus itu tadi akan keluar melalui saluran najis.
– Penggunaan sterimar itu akan membuatkan saluran penafasan bayi lebih lapang dan normal. Bayi juga akan tidur lebih lena.

4. Penyedut hidung (nasal aspirator).
– Ibu bapa boleh mengeluarkan hingus anak mereka dengan cara menyedut hingus tersebut menggunakan alat penyedut hidung. Alat itu boleh didapati di farmasi dan klinik.

5. Mandi lemon.
– Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

6. Urutan.
– Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam.

7. Kerapkan penyusuan atau minum air suam yang banyak.
– Khasiat daripada susu ibu dapat melegakan bayi bawah dua tahun yang menghidap selesema.
– Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selesema.
– Manakala, kanak-kanak pula digalakkan minum air yang secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

8. Jaga pemakanan.
– Ibu perlu menjaga pemakanan jika menyusu anak sepenuhnya.
– Ibu boleh memperbanyakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sup ayam dan daging.

Dalam banyak-banyak petua yang diberikan, mungkin ibu bapa boleh pilih satu atau dua kaedah yang dikongsikan supaya batuk dan selesema anak berkurang.

Semoga bermanfaat!

Baca juga Vitamin C tidak merawat demam, selsema – Kajian Pakar

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI