SEORANG kanak-kanak perempuan di China meraih perhatian ramai apabila menangis gara-gara tidak dapat menerima kenyataan bahawa wajahnya seiras dengan si ayah.

Kisah tersebut tular selepas seorang pengguna memuat naik video berkenaan di aplikasi Weibo.

Setakat artikel ini disiarkan, video tersebut sehingga kini mendapat lebih 5.9 juta tontonan dan 107,000 tanda suka sejak ia mula dikongsikan.

“Semua orang di tadika berkata, ‘ibu adalah yang terbaik di dunia’ tiada yang cakap ‘ayah yang terbaik di dunia’, ” ujar kanak-kanak berusia enam tahun itu yang merujuk kepada sebuah sajak memuji peranan seorang ibu yang diajar di taskanya.

Menerusi rakaman tersebut, si kecil berkenaan dilihat menangis dan mengadu sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran sesiapa pun.

Kanak-kanak itu antara lain berkata kepada ibu tersayang yang dikenali sebagai Zhang bahawa beliau tidak berpuas hati dengan penampilannya yang dibandingkan dengan si ayah.

Malah, turut bertanyakan perihal wajah yang dikatakan mirip dengan ayah sedangkan si ibu yang melahirkan dirinya.

Pertanyaan tersebut membuatkan Zhang tergamam seketika dan tidak tahu bagaimana untuk memberikan jawapan bagi persoalan tersebut.

Selepas diselidik, rupa-rupanya hal berkenaan terjadi selepas salah seorang rakan pasangan itu berkunjung ke rumah mereka dan mengatakan wajah budak kecil itu sama seperti ayahnya.

“Ketika itu, usianya hampir mencecah enam tahun. Salah seorang rakan kami yang berkunjung ke rumah mengatakan wajahnya mirip dengan wajah si ayah.

“Selepas itu, anak kami mula menangis dan mengaku tidak mahu kelihatan seperti ayahnya, sebaliknya mahu kelihatan seperti saya. Dia fikir ayahnya nampak buruk.

“Anak kami juga berkata yang dirinya patut kelihatan seperti saya kerana saya yang melahirkannya. Mungkin anak kami berfikir yang saya lebih baik daripada ayahnya,” ujarnya menerusi perkongsian dalam video yang menjadi tular sekelip mata.

Zhang yang terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan si anak turut mengakui, suaminya pasti akan kecewa jika mengetahui hal tersebut.

Tambah beliau lagi, penampilan lelaki kesayangannya tidaklah seburuk seperti yang diperkatakan kanak-kanak itu.

Iklan

Jelas Zhang lagi, suaminya juga sangat menyayangi zuriat mereka dan sering menghabiskan masa bersama.

Selepas mengetahui reaksi anak perempuannya, si ayah dikatakan membuat mimik muka seolah-olah tersinggung.

“Apabila saya memberitahu suami tentang perkara tersebut, beliau seperti ‘mengapa saya mahukannya sebagai anak perempuan jika dia tidak kelihatan seperti saya?'” kongsinya sambil tersenyum.

Hmmm…nak kata kelakar pun memang kelakar juga cerita ini. Budak zaman sekarang pemikiran mereka kadangkala terlalu ke hadapan sangat kan?

Sumber : nextshark.com

Iklan

Baca ni ‘Fat shaming’: Sindir isteri sendiri gemuk selepas hamil, suami Alia Bhatt mohon maaf

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan