DOA AZ, sebuah jenama yang diilhamkan oleh pempengaruh Tiktok dan Instagram, AZ Pemurah kembali lagi dengan melancarkan edisi kedua DOA by AZ Pemurah yang diberi nama AZ Flover.

Koleksi kali ini mengambil tema bunga dan floral yang semestinya lebih dekat dengan hati para hijabi yang sentiasa inginkan tudung dengan rekaan menawan, mudah dibentuk serta harga yang berpatutan.

Mempercayai para hijabi juga berhak untuk bergaya dan fesyen tidak semestinya perlu berlebihan, pengasas AZ Pemurah yang mesra disapa Kak Az dan suami Abang Ben berkata, koleksi kali ini merupakan soroton kejayaan pelancaran edisi Gempak Raya yang diadakan Februari lalu.

doa by az pemurah

 

Minat pengasas yang mendalam dalam bidang fesyen telah menjadi dorongan utama dalam penjanaan setiap rekaan tudung yang mana tudung kali ini masih mengekalkan identiti serta keunikan material yang sama.

Menggunakan premium cotton voile yang eksklusif, sekaligus menawarkan kemasan baby seam yang berbeza bagi setiap edisi, tudung bawal segi empat tepat (square) dengan corak yang menarik dan trendy ini juga sesuai dikenakan dengan
apa saja gaya memastikan semua pemakai selesa dan kekal bergaya walaupun berhijab.

Selesa, mudah digosok malah senang dibentuk mengikut citarasa, setiap satu design berukuran 115cm x 115cm, koleksi terbaru yang dilancarkan kali ini terdiri dari 20 rekaan menawan.

DOA AZ

Mengambil ilham bunga-bungaan, setiap koleksi menawarkan nama dan maksud yang tertentu seperti Adeeva, Afia, Afra, Afrin, Afsana, Afshin, Aisha, Akifah, Alia, Aliyah, Amani, Amara, Aminah, Anum, Arfa, Arisha, Ashiyah, Atiya, Ayesha dan Azka.

Sejajar dengan aspirasi ini, AZ Pemurah mengambil pendekatan serius untuk memperluaskan empayar perniagaannya dengan penghasilan produk tudung di bawah jenama DOA AZ.

Iklan

Pada masa sama, jenama tersebut tetap teguh berpegang kepada misinya untuk terus membantu golongan yang memerlukan di samping memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat melalui inisiatif kebajikan yang berkekalan sesuai dengan slogan, DOAAZPERJUANGAN UNTUK SEMUA.

DOA AZ PEMURAH

DOA AZ juga menerapkan kepada semua para membeli dengan amalan membeli sambil bersedekah, yakni 30 peratus daripada hasil keuntungan DOA AZ akan diagihkan bagi membantu lebih ramai individu yang memerlukan di luar sana.

Iklan

Setiap satu dari koleksi ini dijual pada harga mampu milik, hanya RM29 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM31 untuk Sabah & Sarawak. Koleksi ini kini boleh dimiliki menerusi reseller-reseller DOA AZ yang berdaftar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!