Apa itu pre- workout, kaki gym wajib tahu

A
A
A

MEMILIKI tenaga yang berpanjangan semasa bersenam tak kira di kawasan beriadah mahupun di gym, adalah idaman setiap orang tak kira lelaki ataupun wanita.

Makanan juga memainkan peranan penting dalam pencapaian diet seseorang. Seseorang yang menjaga diet, akan sentiasa menjaga pemakanan mereka tak kira dalam apa jua keadaan.

Namun, ada antara kita yang masih tidak pasti bentuk makanan bagaimanakah yang sesuai dinikmati sebelum memulakan senaman.

Lebih sinonim dengan nama pre-workout yang mana kita perlu mengambil sedikit makanan sebelum bersenam.

Ia boleh diambil dalam pelbagai bentuk antaranya makanan semua jadi, ataupun supplement yang telah diproses. Masing-masing mempunyai khasiat tersendiri.

Tujuan utama mengambil makanan pre-workout adalah untuk menstabilkan gula dalam darah semasa bersenam yang akan membantu mencegah pengurangan glikogen dan mengurangkan kerosakan otot.

MEMILIKI tenaga yang berpanjangan semasa bersenam tak kira di kawasan beriadah mahupun di gym, adalah idaman setiap orang tak kira lelaki ataupun wanita.

Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan bergantung kepada jenis senaman. Contohnya seperti kafien yang diterangkan oleh pakar UK, yang mana beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan creatine atau kafein, boleh membantu untuk meningkatkan prestasi.

Walaupun ia mungkin mengandungi bahan-bahan yang meningkatkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung dan mungkin juga meningkatkan aliran darah ke kulit, kesan-kesan tersebut tidak begitu kritikal malah membantu kita menjadi lebih kuat, cerdas dan sihat.

Jenis-jenis pre-workout

Setiap coach, nutritionist dan dietitian mempunyai konsep yang berbeza dalam jenis-jenis pre-workout.

Namun, mereka semua mencapai kata sepakat bahawa makanan merupakan elemen terpenting dalam pre-workout.

Makanan ini hendaklah diambil paling lewat 30 minit sebelum kita mula bersenam. Karbohidrat membantu memaksimumkan glikogen untuk senaman intensiti tinggi, manakala lemak membantu badan kita untuk bertahan lebih lama ketika latihan.

MEMILIKI tenaga yang berpanjangan semasa bersenam tak kira di kawasan beriadah mahupun di gym, adalah idaman setiap orang tak kira lelaki ataupun wanita.

Protein juga boleh dimasukkan kerana ia meningkatkan sintesis protein otot dan membantu dalam pemulihan otot yang koyak ketika bersenam.

Tentu sekali, jika kita mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar nutrisi dan dietitian, mereka akan menasihatkan kita untuk makan makanan yang tidak diproses seperti telur mata lembu, telur rebus bersama dengan sekeping roti sebelum bersenam.

Manakala coach dan pakar gimnasium akan sarankan korang untuk mengambil protein powder sebagai makanan tambahan.

Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Semoga bermanfaat dan selamat membina badan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca