KUCING antara haiwan peliharaan yang paling disenangi oleh pencinta haiwan di seluruh dunia.

Berdasarkan data yang dikongsikan worldatlas.com, negara yang paling banyak memiliki kucing ialah Amerika Syarikat (AS) dengan 76.5 juta populasi domestik.

Boleh dikatakan, secara purata seorang daripada tiga isi rumah di negara itu menjadikan kucing sebagai haiwan kesayangan mereka.

Pun demikian, hanya 3 peratus yang direkodkan membela si bulus dengan baka tertentu, manakala baki 34 peratus lagi lebih kepada kucing jalanan atau terbiar yang dijadikan peliharaan angkat.

Negara kedua paling banyak kucing ialah China dengan 53 juta populasi, diikuti Rusia (12.75 juta), Brazil dengan 12.5 juta dan Perancis dengan rekod 9.5 juta.

Uniknya di Perancis, pemilikan haiwan itu kebanyakannya bukan disebabkan mereka 100 peratus pencinta kucing, tetapi lebih kepada simbol fesyen.

kucing

Malah, negara republik tersebut mempunyai peraturan dan garis panduan yang ketat sehinggakan setiap pemilik perlu mendaftarkan haiwan berkenaan di dalam sistem pangkalan data.

Lagi pelik, setiap kucing yang berdaftar perlu mempunyai tanda pengenalan seperti tatu atau mikrocip yang dimasukkan di bawah kulit.

kucing
SUMBER foto: Pexels.

Sesungguhnya, kucing memang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat.

Jika tidak, sektor pelancongan di beberapa negara tidak akan meletakkan negara mereka sebagai destinasi pelancongan khas untuk pencinta kucing.

Barangkali anda mungkin baru tahu dan mungkin ada yang sedia maklum. Berikut kami kongsikan informasinya:

1. Pulau Aoshima, Jepun

Pulau terpencil di selatan Jepun cukup dikenali seantero dunia dengan jolokan Pulau Kucing.

kucing

Lapor Japan Today, pada asalnya pulau tersebut menjadi penempatan sementara untuk kucing yang dikatakan mengganggu aktiviti penangkapan ikan di kawasan berhampiran.

Semakin lama, haiwan tersebut membiak dan populasi ‘mereka’ melebihi penduduk setempat dengan nisbah 6:1.

Baca juga Lebih murah dan ekstra penjimatan berganda, Shopee Jualan Tahun Baharu Cina 2023 tawar item menarik buat pencinta kucing

kucing

Selain Pulau Aoshima, terdapat 10 lagi destinasi kepulauan yang popular dengan tarikan kucing seperti Pulau Genkaishima, Okishima, Enoshima, Sanagishima, Muzukijima, Manabeshima, Iwaishima, Aijima, dan Aishima.

2. Mann Cat Santuary, Isle of Man

Pusat perlindungan kucing terbiar yang diasaskan sejak tahun 1996 itu menjadi antara tarikan utama di Santon, Isle of Man yang terletak antara England dan Ireland.

kucing

Merujuk laman rasmi, kediaman seluas 2.4 hektar itu diusahakan pasukan sukarelawan yang memastikan kebajikan si bulus terbela.

Orang ramai boleh mengunjungi tempat itu bermula jam 2 hingga 5 petang (setiap Ahad dan Rabu).

3. Muzium KattenKabinet, Amsterdam, Belanda

Muzium kucing yang paling popular di Amsterdam, KattenKabinet menjadi daya tarikan magnet buat pelancong yang sukakan si bulus.

kucing

Iklan

Menurut amsterdam.info, seorang pencinta kucing yang juga hartawan, William Meijer yang mengabdikan memori bersama haiwan kesayangan yang dinamakan Tom.

Baca juga Luar biasa, pasangan doktor veterinar rai hari bahagia bersama 1,300 ekor kucing

Bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai foto Si Tom, malah poster, lukisan dan koleksi kucing sebenar pun ada. Kedai cenderamata juga disediakan sebagai oleh-oleh.

4. Muzium Ernest Hemingway, Florida, AS

Kira-kira 60 kucing berkuku enam (polydactyl) yang menjadi lagenda di Muzium Ernest Hemingway, Florida.

kucing

Merujuk info yang dikongsikan hemingwayhome.com, Hemingway diambil sempena nama seekor kucing unik milik seorang kapten kapal yang berlabuh di sana.

Generasi kucing tersebut masih ada dan salah satunya terkenal dengan panggilan Snow White yang menjadi tarikan pengunjung.

5. Pulau Samos dan Mykonos, Greece

Iklan

Bukan sahaja terkenal dengan panorama bangunan serba putih dan air membiru, kepulauan Yunani tersebut juga menjadi tempat perlindungan kucing.

kucing

Lapor ferplast.com, koloni kucing yang comel dan gebu sentiasa menyambut kehadiran pengunjung yang memilih untuk melancong ke Greece.

Bagaikan maskot rasmi yang bebas berkeliaran di pusat pelancongan tersohor, orang ramai boleh beramah mesra dan memberi makanan kepada si bulus sambil menikmati keindahan pantai.

Siapa sangkakan, kucing pun ada pulau sendiri untuk mereka hidup dengan aman.

kucing

Jika merancang untuk bercuti ke luar negara, apa kata singgah tempat yang popular dengan si bulus untuk menghiburkan hati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi