‘Aura Felda’ di Warong Tersorok, lebih 30 jenis lauk-pauk tradisional bikin ramai rambang mata

A
A
A

RUMAH peneroka Felda kini berubah 'wajah' apabila ditransformasikan sebagai sebuah tempat makan eksklusif dan privasi yang dikenali sebagai Warong Tersorok.

Semakin hari, ia semakin mendapat tempat di hati pengunjung terutama mereka yang berkunjung ke ibu negeri Pahang, Kuantan.

Baru sahaja dibuka pada Jun tahun lalu, pemiliknya, Datin Dr Sharifah Nur’Insyirah Saifuddin Shah berkata, sambutan orang ramai amat menggalakkan termasuk dari Singapura dan Brunei.

“Saya tak sangka idea untuk mengembalikan suasana perkampungan Felda ketika zaman 1970-an dengan reka bentuk rumah asal seperti beranda, ruang tamu, bilik tidur dan dapur menarik perhatian ramai.

warong tersorok

“Ramai yang berebut nak makan bersila di rumah tersebut kerana ruang dalamannya yang sejuk, tak perlu pun pendingin hawa. Malah, ada antara pengunjung yang meluahkan rasa teruja kerana dapat menjejakkan kaki ke rumah peneroka asal itu," katanya.

Ujar Dr Sharifah Nur’Insyirah, pada asalnya, kediaman berkenaan dibina khas untuk pekerja kebun berehat dan bermalam.

warong tersorok

Kemudian, selepas diamati, wanita itu mendapat ilham untuk menjadikan sebagai premis makanan.

Bagi membangkitkan 'aura Felda', Dr Sharifah Nur’Insyirah meminta pekerjanya mengenakan persalinan baju kurung Kedah berkain batik bagi wanita, sementara lelaki segak bertanjak dan berbaju silat.

warong tersorok

Mengenai sajian, Warong Tersorok menyediakan lebih 30 jenis lauk-pauk tradisional dari Pahang dan Negeri Sembilan.

Kongsi beliau lagi, Patin Tempoyak Kebun, Pais Patin Tempoyak Kebun, sambal udang istimewa dan siput sedut masak lemak cili padi antara menu yang wajib dicuba.

warong tersorok

warong tersorok

"Daripada semua lauk, Patin Tempoyak Kebun paling laris. Ikan yang dihidangkan kami pastikan tak berbau dan isinya juga segar serta manis.

“Ikan patin kami diambil dari kolam ternakan kami sendiri. Sumber air kolam pula adalah air sungai yang disalurkan daripada Air Terjun Pandan berhampiran," katanya.

 

Bukan sahaja dari segi ikan, setiap juadah juga dimasak menggunakan hasil tanaman segar yang dipetik dari kebun sayur-sayuran.

warong tersorok

Senarai minuman di Warong Tersorok pula, kebanyakannya menggunakan nama-nama yang cukup unik. Antara paling menarik ialah Kopi Kebun, Air Mata Duyung dan Air Mata Bidadari.

Baca juga Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

warong tersorok

Kepada para pengunjung yang ingin bermalam di sana, Dr Sharifah Nur’Insyirah sangat mengalu-alukan. Pihaknya menyediakan di sebuah vila dinamakan Water Villa.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyewa tapak khemah yang disediakan.

warong tersorok

Sebelum terlupa, kepada kaki pancing, anda boleh memancing di sungai atau kolam berdekatan. Justeru, jangan lupa membawa peralatan yang bersesuaian.

Jika ingin membawa ole-ole untuk keluarga, Dr Sharifah Nur’Insyirah berkata, pengunjung boleh memetik hasil tanaman untuk dibawa pulang.

Baca juga Beli kopi, dapat surat & madah cinta. Konsep Kafe Kebun Puisi dapat sambutan bukan ‘kaleng-kaleng’

"Kami juga menjual sos cili buatan sendiri dan Sambal Belacan Bakar Berapi,” ujarnya.

warong tersorok

Warong Tersorok

Alamat: Felda Sungai Panching Selatan, Kuantan, Pahang

Waktu operasi: 4 petang hingga 11 malam

Menu Signatur: Patin Tempoyak Kebun, Pais Patin Tempoyak Kebun, sambal udang dan siput sedut masak lemak cili padi.

Instagram: @warong_tersorok

TikTok: Warong_Tersorok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca