NEGARA kita kini berada dalam keadaan cuaca sangat panas.

Hujan yang turun sekejap-sekejap memang tak mampu nak sejukkan rumah. Walaupun dah on aircond, masih rasa panas.

Situasi ini berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak.

Menurut Hello Doktor, ibu bapa perlu tahu bahawa punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak.

Kondisi tersebut dikenali sebagai hipertermia.

Tidak hanya kanak-kanak, terdapat beberapa golongan lagi yang berisiko terkena strok haba. Antaranya:

1. Orang tua terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan.
2. Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari.
3. Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya petani, nelayan atau buruh kasar.
4. Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama.

Baca juga: Cuaca panas membahang, ini 10 jenis makanan yang boleh ‘coolkan’ badan

Berikut pula adalah gejala hipertermia yang perlu diambil perhatian:

1. Suhu badan meningkat sehingga 104°F (40°C) atau lebih tinggi lagi.
2. Peluh keluar banyak.
3. Sakit kepala.
4. Mual-mual.
5. Muntah-muntah.
6. Rasa haus yang berlebihan.
7. Air kencing berwarna keruh.
8. Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut.
9. Jantung berdegup dengan lebih kencang.
10. Ruam merah timbul pada kulit.
11. Pengsan atau tidak sedarkan diri.

Baca juga: Bedung bayi memang boleh bantu anak tidur lena, tapi ini cara betul ketika cuaca panas

Sementara itu, Public Health Malaysia (PNM) memberitahu cuaca panas akan menyebabkan strok haba dan mendatangkan komplikasi serius.

Ujarnya, pendedahan terlalu lama di bawah cuaca panas boleh mengakibatkan sel badan cedera dan berlaku keradangan.

Iklan

 

Fenomena tersebut juga boleh mengakibatkan darah senang membeku dan berlaku pendarahan di beberapa organ penting.

Justeru, PNM mengingatkan ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa mengawasi anak-anak mereka terutamanya semasa musim cuti sekolah ini.

Baca juga: Cuaca panas ‘lit-lit’ sebabkan migrain, ini cara tepat untuk atasinya

Iklan

“Semasa tempoh cuti sekolah ini, jangan biarkan anak bermain di luar sepanjang hari dan jangan tinggalkan anak dalam kenderaan tanpa pengawasan,” katanya menerusi satu entri di Facebook.

Dalam pada itu, PNM turut menggariskan beberapa tip untuk mengelak seseorang daripada terkena strok haba. Antaranya:
1.Elakkan berjemur di luar seharian.
2.Jangan tinggalkan anak dalam kereta.
3.Bermain di tempat teduh.
4.Minum air.
5.Pakai pakaian yang longgar dan terang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!