Ayam kukus halia menyelerakan, ringkas, cepat disediakan

Ayam kukus halia menyelerakan, ringkas, cepat disediakan
Ayam kukus halia menyelerakan, ringkas, cepat disediakan
A
A
A

MASAKAN berasaskan ayam memang selalu digemari ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Hampir semua keluarga sangat menyukai ayam dan menjadikannya lauk-pauk harian.

Bila sebut pasal ayam, aduhai! Tiba-tiba terasa terliur pula terbayangkan ayam kukus halia yang sanagt menyelerakan.

Rasanya yang sedap tak terkata, pasti memukau selera sesiapa sahaja.

Makan pula bersama nasi panas dan ulam-ulaman membuatkan sesiapa yang menikmatinya tak toleh kiri dan kanan!

Masakan ini paling mudah dan cepat disediakan. Hanya perlukan masa untuk perap bagi sebati bahannya.

Cuba juga Resipi ayam masak cili kering style cina muslim

Resipi ayam masak cili kering style cina muslim

Bahan-bahannya;

  • Ayam dipotong kecil
  • Bahan perap;
  • 3cm halia dihiris kecil-kecil
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1/2 sudu makan kicap cair
  • Sedikit garam
  • Daun bawang dihiris

Cara membuatnya;

1. Perapkan ayam dengan bahan perap selama 30 minit.

2. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 10 hingga 15 minit.

Cuba juga Ayam masak buttermilk memikat selera

3. Seusai masak taburkan hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Jo Isabelle Joannes

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca