Ayam masak buttermilk memikat selera
RESIPI ayam masak buttermilk yang sungguh sedap dan anak-anak pasti suka.
Cara nak buat pun agak mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit.
Sesuai jika digunakan ayam bahagian dada atau isi, tetapi boleh juga nak gunakan bahagian tulang yang lain.
Ayam perlu digoreng dulu bersama salutan tepung kemudian dimasukkan ke dalam kuah buttermilk.
Rasanya, lemak, manis masin secukup rasa dan haruman dari daun kari sangat memikat selera.
Bahan-bahannya:
Bahan Perapan Ayam
*300 gm ayam
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk kari
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- Secubit garam
Artikel berkaitan: Sardin tin masak lemak cili padi lebih sedap daripada guna ikan segar
Sos butter
- 2 sudu besar butter
- 1 biji bawang besar
- 3 tangkai daun kari
- 4 biji cili padi cincang
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 tin susu cair
- Secubit garam dan gula
Cara-caranya:
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perap. Biarkan sekejap 30 minit. Kemudian goreng garing. Sediakan bahan sos butter.
2. Panaskan butter hingga cair, tumiskan bawang merah, putih, cili padi dan daun kari. Tumis hingga layu dan wangi. Masukkan susu cair. Biarkan mendidih.
3. Kemudian masuk ayam goreng tadi. Gaul sebati dengan kuah. Perasakan dengan garam gula. Ok siap dihidangkan.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang