Ayam masak serai bersantan enak tak terkata

Ayam masak serai bersantan enak tak terkata
Ayam masak serai bersantan enak tak terkata
A
A
A

SUDAH buntu dengan masakan menggunakan ayam? Apa kata korang cuba resipi ayam masak serai ini.

Menu ini jua sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya agak simple dan tidak terlalu pedas.

Serai yang dikisar memberikan aroma yang harum dan rasa ayam yang lebih enak.

Santan pula sebagai penambah rasa sedikit lemak menyedapkan lagi hidangan tersebut.

Jom cuba buat menu ayam masak serai ini. Hidangkan bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Bahan A

  • 1 ekor ayam dipotong lapan bahagian
  • 1 1/2 biji kelapa - santan
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya

Bahan B (dikisar)

  • 1/2 inci halia
  • 4 batang serai
  • 5 tangkai cili api
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cuba juga Salad buahan segar enak dan berkhasiat, mudahnya!

Cara-caranya;

1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan B hingga naik bau.

2. Masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit.

3. Tuangkan santan dan masak hingga ayam empuk.

4. Masukkan asam keping dan bahan perasa.

5. Biarkan hingga masak dalam 10 minit.

Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca