Ayam, telur naik harga, 10 makanan ini tinggi protein, murah lagi ‘awesome’

AYAM adalah jenis haiwan yang paling banyak dijadikan sajian di dunia.

Dipercayai kos yang rendah untuk menternak haiwan ini berbanding mamalia seperti lembu menjadikan daging ayam dan telur ayam sebagai bahan masakan yang paling lazim digunakan.

Ayam adalah sumber nutrien seperti protein, niasin, selenium dan fosforus. Setiap 100gram dada ayam mengandungi 31 gram protein.

Kenaikan harga ayam akhir-akhir meresahkan pengguna. Harganya naik melambung sejak awal bulan lalu sehingga lebih RM10 sekilogram.

Tidak hanya daging ayam, telur juga dilaporkan mengalami peningkatan harga susulan dakwaan penternak dan pengeluar terpaksa menampung kos kenaikan harga dedak, anak ayam dan sumber tenaga pekerja asing.

Iklan
Iklan

Hal ini sekali gus memberikan impak kepada perbelanjaan barang dapur bagi setiap keluarga.

Namun, tahukah korang terdapat makanan lain yang mempunyai kandungan protein yang lebih kurang sama dengan ayam?

Justeru, korang boleh juga beralih kepada bahan makanan lain untuk mendapatkan sumber protein untuk tubuh.

Antara makanan yang tinggi protein yang tetapi lebih murah harganya ialah seperti berikut:

1. Makanan laut seperti ikan, udang dan kerang-kerangan. Ikan kembung misalnya mempunyai 21.4 gram protein bagi setiap 100 gram manakala ikan sardin pula mengandungi 19 gram bagi setiap 100 gram isinya. Boleh dikatakan semua jenis ikan mengandungi protein yang tinggi.

2. Ikan bilis saiznya kecil tetapi tinggi kandungan proteinnya. Setiap 100 gram ikan bilis membekalkan 20 gram protein!

3. Makanan yang diperbuat daripada tenusu seperti susu dan yogurt sarat dengan protein. Secawan susu mengandungi lapan gram protein manakala yogurt pula 8.5 gram nutrien penting itu.

4. Kekacang seperti kacang kuda (chickpea) lebih murah harganya berbanding badam. 28 gram kacang kuda mengandungi tiga gram protein.

5. Oat ialah bijirin yang tinggi protein dan serat. Setiap 81 gram oat mengandungi 10.7 gram protein.

6. Tempe juga boleh membekalkan protein yang tinggi. Dalam 85 gram tempe, 17 gram daripadanya adalah kandungan protein.

7. Tauhu ibarat ‘adik beradik’ kepada tempe tidak kurang hebat kandungan proteinnya. Sering menjadi sajian golongan vegetarian, 85 gram tauhu mengandungi sembilan hingga 16 gram protein.

8. Susu soya

adalah punca protein yang murah dan sedap. Setiap secawan susu soya terkandung 6.3 gram protein.

9. Buah yang paling tinggi kandungan protein ialah jambu batu. Siapa sangka secawan jambu batu mengandungi 4.2 gram protein!

10.Siapa sangka sapuan mentega kacang hanya terdiri daripada lemak semata-mata. Setiap dua sudu besar mentega kacang mengandungi 8 gram protein!

Tanpa ayam dan telur yang sedang melambung harganya, olahan sajian menggunakan 10 bahan masakan ini berupaya menampung keperluan protein keluarga.

Disarankan agar sesuaikan ia dengan cara memasak yang digemari keluarga untuk lima hidangan sehari.

Baca juga Terkenal Di Terengganu, Kuih Kayu Keramat Sangat Menyelerakan

Kekurangan protein boleh menyebabkan pengecutan tisu otot, edema dan anemia. Lebih membimbangkan kekurangan protein juga punca pertumbuhan perlahan bagi kanak-kanak.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap hari kita memerlukan dua hingga empat sajian makanan berprotein mengikut keperluan individu.

Pun begitu, makanan tinggi protein harus diambil dalam kuantiti yang sederhana.

Pemakanan  sihat adalah merujuk ‘pinggan  sihat’ yang mengandungi suku hidangan karbohidrat, suku protein dan separuh hidangan sayur-sayuran.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Share
Azma ML

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

5 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

6 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

7 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

9 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

13 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

13 hours ago