JANGKITAN cacing merupakan suatu masalah kesihatan yang global. Ia membabitkan satu pertiga penduduk dunia.

Sebenarnya, jangkitan cacing boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah anak kecil dan bayi.

Kata Dr Samhan, terdapat pelbagai jenis cacing lain yang boleh hidup dalam badan manusia seperti cacing gelang, cacing jarum dan cacing kerawit.

Antara tanda-tanda anak kecil diserang jangkitan cacing adalah mereka akan kerap sakit perut (sehingga ada yang cirit-birit dan tekstur najis tidak normal), tidak senang duduk (sering merengek) serta berlaku kegatalan pada bahagian dubur dan timbul bintik-bintik kemerahan (ruam) akibat kerap menggaru.

Berikut dikongsikan cara merawatnya:

Iklan
  • Rawatan adalah berkesan dengan makan ubat cacing (Albendazole untuk satu hari sementara Mebendazole untuk tiga hari).
  • Ubat cacing boleh diberikan setiap enam bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk bayi berusia bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.
  • Rawatan itu perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas dua minggu rawatan diberi).
  • Sapukan jelly petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan (di sekeliling kawasan dubur atau vagina).
  • Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan air panas dan bahan pencuci untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum.

Jadi, bagaimana pula cara untuk mencegahnya? Berikut Dr Samhan kongsikan cara mudahnya:

1. Basuh tangan anak dengan sempurna sebelum makan.
2. Elakkan anak daripada bermain di tanah yang tercemar.
3. Elakkan tabiat anak memasukkan benda asing ke dalam mulut
4. Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.

Iklan

Oleh itu, kongsikan ilmu ini kepada ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak kecil supaya berwaspada daripada terkena jangkitan cacing.